MAJLIS Daerah Sipitang akan meningkatkan usaha menyelenggara laluan pejalan kaki konkrit di sekitar pekan, termasuk yang berdekatan tamu dan dewan serbaguna di kawasan Sindumin.
Ini berikutan maklum balas mengenai bahagian terdedah di permukaan laluan di Jalan Naparan, di mana tapak tamu diadakan, dan jeriji logam terbuka di laluan pejalan kaki di Jalan Pekan Sindumin, berhampiran dewan serbaguna.
Penduduk Sipitang, yang bercakap mengenai bahaya keselamatan yang ditimbulkan oleh kerosakan ini, berkata trafik pejalan kaki mungkin meningkat dalam tempoh ini, dengan ramai yang berpusu-pusu ke mana-mana bazar Ramadan yang diadakan di lokasi-lokasi tersebut.
BEBERAPA papan diletakkan di atas ‘lubang’ di laluan pejalan kaki itu pada satu ketika.
Individu ini memberikan Hotline lokasi “tempat membahayakan” itu. Maklumat ini kemudian dikemukakan kepada Majlis Daerah.
Jurucakap agensi itu berkata ia sudah ambil maklum tentang ‘lubang’ di laluan pejalan kaki di Jalan Naparan.
“Kontraktor telah dilantik untuk membuat pembaikan diperlukan sebelum ini,” katanya.
“Dia dan pekerjanya mula membaiki kerosakan itu pada Jumaat. Mereka pada mulanya menutup lubang itu dengan beberapa pita keselamatan sebelum melakukan pembaikan.
“Konkrit di sekeliling kawasan lubang itu dibuka supaya bahagian turapan ini boleh dibina semula.”
Dia berkata Majlis Daerah akan memantau dengan teliti kemajuan kerja ini bagi memastikan laluan pejalan kaki itu dipulihkan dengan baik.
Terdapat parit yang mengalir di bawah kedua-dua laluan ini, serta di Jalan Pekan Sindumin, menurutnya.
Dalam kes kedua, katanya, kakitangannya akan dihantar untuk memeriksa keadaan parit bertutup berhampiran dewan.
“Mereka akan diminta supaya memberi perhatian khusus kepada mana-mana jeriji logam yang terbenam ke dalam turapan.
Mana-mana jeriji yang tidak terletak dengan betul di laluan konkrit akan diuruskan dengan sewajarnya.”
Sekiranya ia dibenarkan, katanya, Majlis Daerah akan mengatur supaya bahagian turapan yang terjejas dibina semula, supaya jeriji tidak longgar.
“Ini akan dilakukan apabila kami menerima dana. Sementara itu, kami akan memasang pita keselamatan di sekitar ‘tempat membahayakan’.
“Kami akan cuba meletakkan kepingan logam atau papan lapis buat sementara waktu di atas jeriji berkenaan sebelum memasang pita.”
Ketika ditanya berapa kerap parit bertutup dan laluan pejalan kaki di Sipitang diselenggara, jurucakap itu berkata ini dilakukan apabila wujud keperluan berbuat demikian.
“Kami secara amnya bergantung kepada maklum balas daripada orang ramai apabila kemudahan ini perlu diberi perhatian.
“Ia juga bergantung kepada sama ada pembaikan memerlukan kerja-kerja pembaikan ‘besar’ atau ‘kecil’.”
MAJLIS Daerah dalam proses menangani sebarang jeriji longgar, seperti di atas turapan di Jalan Pekan Sindumin.
Katanya, kerja membaik pulih laluan pejalan kaki tertakluk kepada kekangan pembiayaan dan tenaga kerja yang diperlukan untuk melaksanakan kerja itu.
“Kerja-kerja membaiki ‘kecil’ biasanya boleh disiapkan dalam tempoh 24 jam.”
Bagaimanapun, ekoran kerosakan berkaitan laluan pejalan kami ketika ini, dia berkata, kakitangan Majlis Daerah diminta agar lebih peka mengenai sebarang kerosakan pada laluan pejalan kaki di sekitar pekan terbabit.
MIASIN dari Sipitang, menyatakan tentang bahaya yang akan berlaku akibat bahagian laluan yang terdedah di Jalan Naparan.
“Lubang itu terletak di bahagian bawah laluan pejalan kaki dan sesiapa sahaja, yang tidak menyedari bahawa ia berada di sana, mungkin akan terseliuh atau lebih teruk lagi,” katanya.
“Bolehkah anda bayangkan tragedi yang mungkin berlaku jika ada warga emas atau ibu hamil tidak melihat ke mana mereka pergi?”
Katanya, mereka yang berjalan kaki juga berisiko mengalami kecederaan ketika menggunakan laluan di Jalan Pekan Sindumin.
“Sekiranya jeriji itu terbalik semasa seseorang memijaknya, mereka boleh sama ada terjatuh ke dalam longkang atau jatuh ke atas konkrit.”
Miasin tidak faham bagaimana pihak berkuasa tempatan boleh menutup mata terhadap bahaya ini dan berharap mereka akan melakukan lebih banyak lagi untuk menjaga keselamatan orang ramai di daerah itu.