Wed, 15 May 2024

HEADLINES :


Penganggur bunuh bapa dijel 35 tahun, sebatan
Published on: Friday, March 15, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Penganggur bunuh bapa dijel 35 tahun, sebatan
Dia disabitkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, boleh dihukum sebat tidak kurang daripada 12 kali sebatan rotan bagi banduan lelaki di bawah umur 50 tahun.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 26 tahun pada Khamis dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan diperintah dikenakan 12 kali sebatan rotan kerana membunuh bapanya di Tuaran, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell menjatuhkan hukuman itu ke atas Arnold Liew Kim Choi di hujung pembelaannya.

Ketika menyampaikan keputusannya, Amelati berkata beliau mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah dan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Liew didapati bersalah melakukan jenayah itu ke atas Liew Nyuk Shung, 65, menggunakan parang pukul 2.30 petang, pada 17 Jun, 2020, di sebuah rumah di Kg Bantayan, Tamparuli.

Dia disabitkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, boleh dihukum sebat tidak kurang daripada 12 kali sebatan rotan bagi banduan lelaki di bawah umur 50 tahun.

Peguam Ronny Cham yang mewakili Liew, semasa mitigasi, memohon hukuman penjara 30 tahun dan antara lain mengemukakan bahawa ia adalah kejadian malang membabitkan keluarga dan Liew berada di bawah pengaruh dadah ketika itu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli memohon hukuman mati dan menegaskan mahkamah perlu memberikan pertimbangan tertinggi kepada kepentingan awam di mana kepentingan awam mengatasi kepentingan tertuduh.

Beliau juga berhujah bahawa pembelaan berada di bawah pengaruh dadah adalah penafian semata-mata, sambil menambah, mangsa mengalami pelbagai kecederaan dan pergelangan tangan kanannya juga dipotong.

Sebanyak 12 saksi pendakwaan memberi keterangan di peringkat pendakwaan manakala lima saksi pembelaan termasuk Liew memberi keterangan dalam pembelaannya.

Mahkamah memerintahkan Liew menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 18 Jun, 2020. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here