Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiga lagi kes kebakaran ladang di Beaufort
Published on: Saturday, March 16, 2024
Published on: Sat, Mar 16, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Tiga lagi kes kebakaran ladang di Beaufort
ANGGOTA bomba sedang memadamkan api. – Gambar BBP Beaufort
BEAUFORT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah merekodkan tiga kes kebakaran melibatkan ladang di sini, baru-baru ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muhammad Hasbullah Nenggok berkata sebuah ladang nanas seluas 10 ekar musnah terbakar di Kampung Takuli pada Selasa.

Advertisement
Beliau berkata, Jabatan menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 2.28 petang.

“Satu pasukan bersama jentera dan kenderaan EMRS dikerah ke lokasi, di mana anggota bertungkus-lumus memadamkan kebakaran menggunakan alat pemukul api,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada Rabu, Hasbullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.05 tengah hari mengenai kebakaran kebun dan lalang di Kampung Rancangan Klias.

“Kawasan terbakar dianggarkan seluas lima ekar,” katanya, mengatakan pasukan menggunakan hos kebakaran hutan untuk operasi pemadaman.

Advertisement
Pada Khamis, beliau berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 10.17 malam mengenai satu lagi kebakaran di sebuah ladang di Kampung Rancangan Klias, di mana hampir satu ekar musnah. 

“Saya ingin mengingatkan orang ramai, khususnya pemilik kebun dan ladang, bahawa Jabatan tidak akan teragak-agak mengeluarkan saman kepada mereka yang ingkar mematuhi larangan pembakaran terbuka,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here