TAWAU: Seramai 50 anak-anak yatim dan asnaf daripada kawasan Parlimen Tawau berpeluang membeli baju raya idaman masing-masing apabila terpilih menyertai Program Shopping Raya, pada Jumaat.
Program itu adalah anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di bawah jabatan Ketua Menteri dan syarikat Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad.
Ketua Wanita PGRS, Datuk Redonah Bahanda berkata, program itu akan diadakan di 10 Pasaraya Servay di negeri ini bagi membantu golongan memerlukan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri kelak.
Advertisement





