Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
19 selebriti ‘berkampung’ di SICC Ramadan ini
Published on: Saturday, March 16, 2024
Published on: Sat, Mar 16, 2024
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
19 selebriti ‘berkampung’ di SICC Ramadan ini
Harris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeeharris Corporation berkata Borneo Mega Raya Fest 2024 merupakan edisi kedua festival fesyen raya terbesar di Sabah itu selepas kali pertama dianjurkan tahun lalu.
KIRA-KIRA 19 selebriti dan pempengaruh terkenal bakal ‘berkampung’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu sempena Borneo Mega Raya Fest 2024 dari 29 Mac hingga 7 April ini.

Penganjur yang juga selebriti terkenal, Harris Baba berkata antara barisan selebriti dan pempengaruh terlibat adalah MK K-Clique, Khairy Jamaluddin, Dato Aliff Syukri, Adira Suhaimi, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Bella Astillah dan ramai lagi. 

Advertisement
Harris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeeharris Corporation berkata Borneo Mega Raya Fest 2024 merupakan edisi kedua festival fesyen raya terbesar di Sabah itu selepas kali pertama dianjurkan tahun lalu.

“Kami tidak sabar untuk menghidangkan rakyat Sabah, termasuk wilayah-wilayah berdekatan seperti Labuan, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam dengan festival fesyen raya terbesar. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Festival ini disasar menjadi penanda aras dalam penganjuran pesta fesyen di Borneo yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

“Susulan kejayaan festival ini pada 2023 yang berjaya menarik kira-kira 5,000 pengunjung sehari untuk tempoh 14 hari festival berlangsung, edisi kedua pastinya jauh lebih mengujakan untuk pengunjung! 

Advertisement
“Pengunjung bukan saja dapat membeli-belah keperluan raya terutamanya baju raya daripada jenama fesyen terkenal di Malaysia, bahkan juga bertemu ramai selebriti dan pempengaruh terkenal sambil menikmati persembahan muzik. 

“Untuk edisi 2024, festival ini akan menampilkan lebih 80 gerai serta menghimpunkan kira-kira 19 selebriti dan pempengaruh ternama negara. 

Advertisement
“Antara acara yang pastinya akan menaikkan adrenalin pengunjung, adalah ‘Happy Hour Sale’, Meet & Greet bersama Selebriti, pertunjukan fesyen, persembahan artis dan band serta pelbagai hadiah tiket bertuah untuk pengunjung bertuah!” 

Buat pertama kalinya juga, Borneo Mega Raya Fest menampilkan beberapa jenama besar untuk kepuasan membeli-belah pengunjung.

Harris, yang juga penyanyi dan pelakon popular, menambah, festival itu menyediakan platform kepada pempamer yang terlibat untuk memperkenalkan jenama dan produk mereka kepada seluruh Borneo.

“Kami juga berharap dapat membantu dan menyokong usahawan muda untuk membawa jenama serta produk mereka ke tahap lebih tinggi!,” katanya. 

Harris berkata, lebih menarik Borneo Mega Raya Fest 2024 akan berlangsung di sebelah bufet Ramadan terbesar di Sabah dengan lebih 700 hidangan yang dianjurkan oleh SICC. 

“Ini pastinya akan memberikan pengalaman tidak dapat dilupakan oleh pengunjung kerana bukan saja dapat membeli-belah daripada rangkaian jenama terbaik tetapi juga menikmati jamuan lazat dan pelbagai ketika berbuka puasa. 

“Oleh itu, kami mensasarkan Borneo Mega Raya Fest 2024 untuk menarik kira-kira 4,000 hingga 5,000 pengunjung sehari dari 29 Mac– 7 April ini.”

“Pelbagai gerai yang menawarkan kelengkapan raya seperti baju, kosmetik, makanan dan banyak lagi, akan dibuka sempena Borneo Mega Raya Fest 2024 dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here