Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Papar perlu ‘water intake’ alternatif: Kira-kira RM20 juta diperlukan untuk pembinaannya
Published on: Monday, March 18, 2024
Published on: Mon, Mar 18, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Papar perlu ‘water intake’ alternatif: Kira-kira RM20 juta diperlukan untuk pembinaannya
Armizan berkata, beliau juga meminta lori tangki air atau tangki statik dengan 20,000 gelen air setiap satu diletakkan di bazar Ramadan untuk kegunaan peniaga dan penduduk yang mengunjungi bazar itu.
papar: Kerajaan negeri perlu memberi pertimbangan khusus untuk membina ‘water intake’ alternatif di kawasan sesuai yang dikenal pasti di Kg Kabang dekat sini sebagai salah satu penyelesaian menangani bekalan air kritikal di daerah ini.

Ketika membuat gesaan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia dicadangkan supaya dua loji rawatan air di Limbahau iaitu Loji Rawatan Air Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) dan Loji Rawatan Air Jetama - boleh menggunakan water intake alternatif itu untuk mendapatkan sumber air mentah apabila water intake sedia ada bermasalah.

Advertisement
“Pembinaan water intake alternatif yang dicadangkan sudah dibawa ke perhatian Menteri Kerja Raya Negeri Datuk Shahelmey Yahya.

“Kos yang diperlukan untuk membina water intake ini adalah sehingga RM20 juta dan boleh disiapkan dalam tempoh enam bulan. Saya juga akan membawa perkara ini kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor supaya diberi pertimbangan tinggi demi kepentingan rakyat di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami berharap Kerajaan Negeri dapat memberi pertimbangan khusus agar projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan loji rawatan air di Limbahau ditutup apabila kawasan muka sauknya mempunyai kemasinan sangat tinggi,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan di tapak Bazar Ramadan di sini pada Sabtu, Armizan berkata musim kemarau di sini sudah hampir dua bulan dan diburukkan lagi dengan kesan fenomena El-Nino.

Advertisement
Katanya, cuaca kering dan panas ini dijangka berterusan di Papar sehingga hujung Mac dan diramalkan hujan akan turun bulan depan.

“Cuaca yang sangat kering dan panas ini menyebabkan kebakaran kecil di banyak tempat.

Advertisement
Pada masa sama, impak terburuk adalah apabila dua loji di Kg. Limbaha ini terpaksa menghentikan operasi bermula 17 Feb lalu hingga 16 Mac, kira-kira 29 hari lalu dan genap sebulan pada Ahad.

“Ini kerana sumber air mentah yang mencapai water intake kedua-dua loji rawatan air itu mempunyai kadar kemasinan yang sangat tinggi iaitu 4,277 miligram seliter (mg/L) pada bacaan terkini pukul 8 pagi 16 Mac, iaitu jauh melebihi tahap kemasinan dibenarkan pada 120mg/L atau lebih rendah.

“Pemberhentian operasi kedua-dua loji rawatan air ini menyebabkan gangguan bekalan kepada lebih 50,000 penduduk di sini. Sebab itu water intake alternatif amat diperlukan untuk memastikan gangguan bekalan air tidak berulang,” katanya.

Menurut Armizan, kedua-dua loji rawatan itu menghadapi masalah sama tahun lalu apabila kedua-duanya terpaksa menghentikan operasi buat sementara selama 26 hari berikutan isu kemasinan air melebihi piawaian ditetapkan.

Bagi penyelesaian jangka pendek, beliau berkata Pejabat Parlimen Paparnya akan menyediakan tangki statik di kawasan bazar Ramadan sekitar Papar bagi memudahkan penduduk terjejas mendapat bekalan air dengan lebih mudah sepanjang bulan puasa ini.

Armizan berkata, beliau juga meminta lori tangki air atau tangki statik dengan 20,000 gelen air setiap satu diletakkan di bazar Ramadan untuk kegunaan peniaga dan penduduk yang mengunjungi bazar itu.

“Saya akan bekerjasama dengan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sini di bawah parlimen Papar untuk menyediakan bekalan air bukan sahaja di bazar Ramadan tetapi juga di kemudahan awam seperti di balai raya dan rumah ibadat.

“Sebenarnya terdapat 10 tangki statik disediakan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan air selain kerja pengagihan air dilakukan setiap hari di kawasan terjejas,” katanya.

Armizan berkata keadaan semasa yang dihadapi penduduk di sini tidak akan berlaku sekiranya projek menaik taraf loji rawatan air Kogopon memulakan pembinaannya pada 2019 di bawah kerajaan Negeri terdahulu yang boleh disiapkan pada 2022.

Beliau mengulangi, sekiranya projek seumpama itu disiapkan pada 2022, maka Papar tidak akan menghadapi bekalan air sama tahun lalu dan sekarang tahun ini.

Katanya, Kg Kuala antara kampung yang menghadapi masalah bekalan air kritikal di sini dengan jumlah penduduk yang ramai, mempunyai dua telaga tiub mini dibina di kampung terbabit bagi meringankan masalah dihadapi penduduk.

Selain menghantar lori tangki air yang kerap ke kawasan terjejas, Armizan berkata pihaknya juga akan membaiki telaga sedia ada dan telaga terbiar supaya penduduk kampung mendapat air daripadanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here