Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Komited  kurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah’
Published on: Monday, March 18, 2024
Published on: Mon, Mar 18, 2024
Text Size:
Text:
‘Komited  kurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah’
“Kerajaan negeri turut berusaha memberikan mereka peluang pekerjaan dengan mengarahkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau pelabur baharu yang datang ke Sabah agar menyediakan peluang kerja, termasuk ahli-ahli dari senarai e-Kasih,” Hajiji berkata.
Tuaran: Kerajaan negeri komited dalam mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif dilakukan bagi membantu rakyat keluar dari belenggu kemiskinan.

Advertisement
“Perkara ini menjadi perjuangan yang perlu diutamakan kerajaan negeri dengan mengenal pasti rakyat yang berada pada paras miskin tegar untuk dibantu.

“Antara inisiatif yang dilakukan termasuklah pembinaan 1,500 unit rumah setahun untuk diserahkan kepada mereka sebagai tempat kediaman.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain itu, kerajaan negeri turut memberi modal membantu mereka membuka perniagaan kecil-kecilan sebagai inisiatif menjana pendapatan.

“Kerajaan negeri turut berusaha memberikan mereka peluang pekerjaan dengan mengarahkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau pelabur baharu yang datang ke Sabah agar menyediakan peluang kerja, termasuk ahli-ahli dari senarai e-Kasih,” katanya.

Advertisement
Beliau ditemui media sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri Sabah anjuran Gagasan Rakyat Sabah di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama, Kg Lok Batik, Sabtu.

Terdahulu ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa GRS Bahagian Sulaman, Hajiji menggesa agar pemimpin akar umbi sentiasa bersatu dalam melaksanakan perjuangan mereka.

Advertisement
“Saya mahu semua pimpinan akar umbi dan ketua-ketua cawangan agar mengukuhkan perpaduan dan bersatu hati membantu rakyat.

“Seperti kemarau ketika ini, saya akan memastikan agar pemimpin di peringkat akar umbi turun padang membantu dan melaporkan sekiranya terdapat kawasan tanpa bekalan air kepada pegawai daerah dan jabatan bertanggungjawab bagi mencari penyelesaian,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here