Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM29,700 untuk masjid, surau di Lumadan
Published on: Monday, March 18, 2024
Published on: Mon, Mar 18, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
RM29,700 untuk masjid, surau di Lumadan
RUSLAN (tiga dari kiri) mewakili Pejabat Adun Lumadan menerima sumbangan daripada wakil Sawit Kinabalu Berhad sambil disaksikan Matbali (empat dari kiri).
BEAUFORT: Sejumlah RM29,700 disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam kepada 33 buah masjid dan 44 buah surau dalam kawasan Dun itu.

Daripada jumlah itu, masing-masing menerima RM500 setiap masjid dan RM300 untuk setiap surau dalam Majlis Ihya Ramadan yang diadakan di Dewan Perpaduan DHRM Kampung Lago, di sini pada Sabtu.

Advertisement
Majlis tahunan itu anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sipitang dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Adun Lumadan dan Unit Pegawai Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lumadan.

Penyerahan zakat kepada asnaf turut diadakan di majlis yang dirasmikan Ruslan dan dihadiri Ahli Parlimen Sipitang merangkap Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (Sabah), Datuk Matbali Musbah.   

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, majlis berkenaan merupakan acara tahunan pihaknya setiap kali bulan Ramadan tiba.   

“Sumbangan kepada masjid dan surau dalam kawasan Dun ini juga diadakan setiap kali kedatangan bulan Ramadan sebagai salah satu usaha kita untuk memperkasakan lagi aktiviti islamiah.    

Advertisement
“Selain itu, kita turut menyumbangkan kurma dan sedikit bantuan kepada golongan asnaf di kawasan ini melalui kerjasama dengan Pusat Zakat Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis),” katanya.   

Terdahulu, Sawit Kinabalu Berhad turut menyalurkan sumbangan untuk pembiayaan sebarang aktiviti kebajikan golongan kurang bernasib yang disalurkan melalui Pejabat Adun Lumadan.   

Advertisement
Sebanyak RM35,000 disumbangkan anak syarikat kerajaan negeri itu melalui Pengurus Besar Sawit Kinabalu Cawangan Beaufort, Muazzam Syah Idris yang mewakili Pengarah Sawit Kinabalu Berhad.   

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort, Nazri Ajun dan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Lumadan yang juga Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri, Mazlan Joehari Manan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here