Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Banyakkan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan, firma dalam program amal
Published on: Friday, March 22, 2024
Published on: Fri, Mar 22, 2024
Text Size:
Text:
Banyakkan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan, firma dalam program amal
AWANG Kadin bersama Dexter menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
LAHAD DATU: Inisiatif Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) menganjurkan Program Amal Berbuka Puasa merupakan landasan terbaik dalam membantu komuniti kurang bernasib baik dan terpinggir.

Pengarah UPPM, Datuk Awang Kadin Tang berkata, pendekatan ini dapat mengukuhkan jalinan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di samping dapat membantu lebih ramai masyarakat kurang berkemampuan di sepanjang Ramadan.

Advertisement
“Kita sangat bersyukur di setiap lokasi program Amal Berbuka Puasa, sambutan orang ramai di luar jangka. Ini menunjukkan program ini sangat dinanti-nantikan.

“Setiap tahun bulan Ramadan, banyak sukarelawan, NGO dan pihak korporat akan tampil menerusi program tanggunjawab korporat sosialnya (CSR) bagi memberikan sumbangan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita memang mengalu-alukan dan galakkan lebih ramai lagi tampil membantu mereka yang memerlukan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa di sini, Isnin lepas.

Awang Kadin berkata, selain majlis berbuka puasa, pihaknya bekerjasama dengan beberapa syarikat, termasuk Sabah Softwood Berhad bagi menunjukkan keperihatian syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat.

Advertisement
“Kita yakin selepas ini lebih banyak syarikat GLC akan terlibat Program Jelajah Amal Berbuka Puasa UPPM.

“UPPM juga menjalin kerjasama Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad bagi menjadi penyumbang utama dalam program jelajah berbuka puasa di seluruh negeri,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Pengarah Urusan Syarikat  Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau berkata, ia adalah sebahagian usaha syarikatntya untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.

“Selain program berbuka puasa, kita juga berpeluang bersama-sama kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk shopping baju raya sebagai persiapan mereka menyambut hari raya Aidilfitri,” kata Dexter.

Pada majlis tersebut, 50 orang kurang berkemampuan menerima sumbangan bantuan bakul makanan dan kewangan untuk persediaan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak Datuk Norazlinah Arif, Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul dan Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr. Rohan Shah Ahmad.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here