Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penyelam kutip lebih 12 tan sampah dasar laut
Published on: Wednesday, March 27, 2024
Published on: Wed, Mar 27, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Penyelam kutip lebih 12 tan sampah dasar laut
ANTARA penyelam yang mengambil bahagian dalam projek itu. – Gambar Facebook Semporna Profesional Divers Association
SEMPORNA: Projek pembersihan dasar laut iaitu ‘Jetama Underwater Cleanup 2024’ telah mengumpul 12.1 tan sisa dasar laut di tiga lokasi di Sabah termasuk di Pulau Mabul di sini, diiktraf sebagai lokasi menyelam terbaik di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd, Ahmad Naim Uddang berkata program pembersihan dasar laut selama empat hari berakhir Selasa diterajui syarikat itu dan turut membersihkan dasar laut di Kampung Serusup di Tuaran dan Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu.

Advertisement
“Kira-kira 60 penyelam, penduduk kampung, dan agensi kerajaan serta swasta termasuk operator aktiviti penyelaman tempatan mengambil bahagian dalam program pembersihan yang julung kali diadakan.

“Mereka berkata semua bahan plastik berakhir di lautan...oleh itu matlamat awal kami adalah untuk mengutip 10 tan sisa buangan plastik selaras dengan sasaran plastik sifar bersih. Berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami mencapai angka positif dengan melebihi jumlah sasaran,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu  Ahmad Naim berkata Jetama, sebuah syarikat konsesi air untuk Pantai Barat Sabah, akan menganjurkan program tersebut sebagai acara tahunan untuk membantu meningkatkan pemuliharaan alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat Sabah di sini.

Beliau berkata syarikat itu akan meneruskan program sama dengan memastikan dasar plastik sifar bersih dicapai setiap tahun bersama-sama dengan rangka kerja karbon sifar bersih dan konsep tenaga boleh diperbaharui sejajar dengan matlamat yang lebih luas iaitu kemampanan dan tanggungjawab alam sekitar.

Advertisement
“Komitmen syarikat terhadap kelestarian alam sekitar tidak terhenti pada usaha pembersihan semata-mata dan berkait rapat dengan inisiatifnya untuk menangani pencemaran plastik dan mempromosikan ke arah kelestarian pengurusan plastik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here