Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hadiah Puisi Islam Mahrajan disampaikan sebelum Hari Raya
Published on: Thursday, March 28, 2024
Published on: Thu, Mar 28, 2024
Text Size:
Text:
Hadiah Puisi Islam Mahrajan disampaikan sebelum Hari Raya
Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia berkata karya yang memenangi hadiah pada tahun ini memuaskan, malah memperlihatkan kualiti yang baik, berfalsafah dan mengangkat mesej yang sesuai dengan keperluan serta isu semasa berkaitan Islam.
Kota Kinabalu: Pemenang pertandingan menulis puisi Islam peringkat Asean sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam peringkat Nusantara 2023 bakal menerima hadiah mereka seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani berkata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dijangka menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu.

Advertisement
“Diharapkan ini dapat membantu pemenang merayakan hari kemenangan umat Islam itu dengan lebih bermakna seterusnya memenuhi kekurangan keperluan di hari yang mulia itu,” kata Jasni dalam kenyataan.

Pertandingan menulis puisi Islam itu dianjurkan setiap tahun oleh Badan Bahasa, Pejabat Daerah Membakut, DBP dan turut dibantu oleh Kerajaan Negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia berkata karya yang memenangi hadiah pada tahun ini memuaskan, malah memperlihatkan kualiti yang baik, berfalsafah dan mengangkat mesej yang sesuai dengan keperluan serta isu semasa berkaitan Islam.

“Insya Allah pertandingan menulis puisi Islam seumpamanya akan diteruskan pada masa akan datang, tetapi dengan pendekatan, formula dan format yang berbeza. Malah, mungkin lebih menumpu kepada perkembangan puisi Islam setempat,” katanya.

Advertisement
Jasni turut mengharapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) akan turut kembali memainkan peranan penting dalam usaha menyemarakkan perkembangan puisi Islam di negeri ini seperti sebelum ini.

“Jheains perlu menggerakkan semula majlis pengucapan puisi Islam yang pernah dianjurkan sebelum ini bersama-sama DBP, supaya lebih banyak anak muda terlibat dalam menulis dan mengimarahkan puisi Islam di negeri ini.

Advertisement
“Dahulu ada pertandingan menulis puisi Islam yang digerakkan oleh Jheains dan disekalikan dengan penerbitan buku antologi puisi Islam, pemberian anugerah penyair Islam Sabah dan kemuncaknya ialah persembahan puisi dan Kesenian Islam, setiap tahun. 

“Program itu sangat baik dan berkesan terutama dalam jalan fan anak muda, tetapi ia dihentikan tanpa sebarang alasan yang munasabah,” katanya.

Justeru itu, katanya, Ahli Jawatankuasa tertinggi Bahasa akan bertemu dan membuat kunjungan hormat kepada pengarah Jheains bagi membincangkan hal itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here