Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa lupus bahan bukti kes bunuh
Published on: Friday, March 29, 2024
Published on: Fri, Mar 29, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
 Lelaki didakwa lupus bahan bukti kes bunuh
SADAM yang akan terus ditahan  sehingga tarikh pengurusan kes,  diiring keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding pada Khamis.
TAWAU: Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas dakwaan melupuskan bahan bukti berkaitan kes pembunuhan pemandu e-hailing yang menjadi antara kes tumpuan masyarakat sebelum ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sadam Kiram, 30, ketika sebutan semula kes. Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menetapkan 26 April depan sebagai tarikh pengurusan kes dan lantikan peguam serta tarikh perbicaraan pada 1 hingga 3 Oktober 2024.

Advertisement
Ketetapan tarikh itu diputuskan susulan permohonan pihak pendakwaan bagi menetapkan tarikh pengurusan dan perbicaraan kes.

Permohonan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Syahnidzam Ahmad yang turut memaklumkan kes akan dikendalikan Ibu Pejabat Putrajaya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sadam sebelum ini pertama kali dihadapkan di mahkamah sama pada 24 Ogos 2023 atas tuduhan melupuskan barang bukti iaitu gunting dan dompet milik Nurman Bakaratu, 61, di Jambatan Sg Kinabutan Besar, Jalan Apas di antara jam 7.30 hingga 11.30 Malam pada 13 Januari 2023.

Mayat lelaki itu ditemui di Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Pada 25 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Tawau melepas dan membebaskan lapan tertuduh, termasuk bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Datuk Mat Zaki Md Zain daripada dakwaan bersubahat dan membunuh pemandu e-hailing itu.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas mendengar keputusan pasukan pendakwaan diketuai TPR Khairul Azreem Mamat untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas semua tertuduh.

Advertisement
Perkara itu adalah susulan pengakuan mengejut saksi utama pendakwaan, Nurimah Juli, 35, yang mengaku menikam bekas suaminya (Nurman) dengan gunting. Nurimah merupakan saksi ke-23 dalam perbicaraan kes itu yang masuk hari ke-lapan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here