Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kembalikan Labuan kepada Sabah: MP
Published on: Saturday, March 30, 2024
Published on: Sat, Mar 30, 2024
Text Size:
Text:
Kembalikan Labuan kepada Sabah: MP
Tangau berkata beberapa syarikat yang berdaftar melalui Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) akhirnya memindahkan operasi mereka ke Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur: Kerajaan digesa mengembalikan Labuan kepada Sabah kerana Putrajaya gagal membangunkan pulau bebas cukai itu seperti yang dijanjikan.

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (gambar) (PH-Tuaran) berkata kadar pengangguran di Labuan masih tinggi, iaitu lebih 7 peratus, walaupun berada di bawah bidang kuasa persekutuan sejak sekian lama, dengan pelbagai undang-undang percukaian diperkenalkan dan diluluskan.

Advertisement
Beliau berkata keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita Labuan adalah yang kedua tertinggi di Malaysia, selepas Kuala Lumpur, pada RM85,560, dipercayai disebabkan oleh sektor minyak dan gas tempatan.

“Bagaimanapun, kebanyakan aktiviti ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Sabah di bawah Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB), bukan inisiatif persekutuan. Jika ASB meninggalkan Labuan, kita akan kehilangan 5,000 peluang pekerjaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Rakyat Labuan mempersoalkan sama ada berbaloi untuk Labuan kekal sebagai wilayah persekutuan… bagaimana ia akan memberi manfaat kepada penduduk Labuan atau Sabah?” soalnya di Dewan Rakyat.

Tangau berkata beberapa syarikat yang berdaftar melalui Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) akhirnya memindahkan operasi mereka ke Kuala Lumpur.

Advertisement
“Kenapa kita membenarkan syarikat ini melakukan ini? Jika mereka boleh menarik pelabur atau melakukan perniagaan yang baik, mengapa tidak di Labuan?” soalanya.

Tangau, bekas menteri persekutuan, mempersoalkan sejauh mana Kerajaan Persekutuan mengambil langkah untuk memastikan pembangunan dan kemajuan Labuan seperti yang dibayangkan.

Advertisement
“Jika tidak seperti yang dirancang, pulangkan Labuan kepada Sabah. Mungkin adat dan budaya boleh digunakan untuk mempromosikan pulau itu. Walaupun Labuan memiliki mahkamah negeri, adakah pentadbir di wilayah persekutuan benar-benar memahami apa yang berlaku di dalamnya?” katanya.

Minggu lalu, bekas Ketua Menteri Datuk Seri Yong Teck Lee dipetik sebagai berkata bahawa pemulangan Labuan kepada Sabah tidak dapat dielakkan.

Ini berikutan kegagalan Kerajaan Persekutuan yang berulang kali menepati janjinya kepada Sabah dan Labuan semasa proses persekutuan Labuan pada 1984, katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here