TAWAU: Seorang lelaki yang hilang disyaki dibaham buaya dalam kejadian di Kg Sg Udin, ditemukan meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua operasi sekitar jam 1.31 petang, pada Sabtu.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mayat mangsa dijumpai lebih kurang dua kilometer (km) di hilir sungai tempatnya dibaham buaya.
Mangsa yang dikenali sebagai Zulkefli Sunan, 52, dikatakan dibaham buaya ketika sedang menyeberangi sungai dengan menaiki rakit buluh dan sedang membawa buah kelapa sawit.