Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM50 juta untuk subsidi padi bukit di Sabah, Sarawak
Published on: Tuesday, April 02, 2024
Published on: Tue, Apr 02, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
RM50 juta untuk subsidi padi bukit di Sabah, Sarawak
Arthur berkata, Kabinet Persekutuan telah meluluskan peruntukan tersebut bagi meningkatkan pengeluaran padi bukit.
NABAWAN: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk membiayai subsidi padi bukit di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Kabinet Persekutuan telah meluluskan peruntukan tersebut bagi meningkatkan pengeluaran padi bukit.

Advertisement
Katanya, peruntukan itu membiayai keperluan petani padi bukit seperti baja, racun rumpai dan racun makhluk perosak.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Peladang Nabawan dan majlis berbuka puasa di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nabawan di sini baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Arthur turut menyampaikan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) berjumlah kira-kira RM20,000 kepada 31 pesawah yang terjejas hasil akibat musim kemarau.

Katanya, kerajaan sentiasa memandang serius terhadap isu dan bencana yang berada di luar kawalan manusia yang memberi kesan negatif kepada sektor agromakanan khususnya subsektor padi dan beras negara.  

Advertisement
Katanya, bantuan TBTP merupakan keprihatinan Kerajaan dalam memastikan pesawah terjejas akibat bencana alam dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Pada majlis sama, Arthur menyampaikan bakul makanan kepada 30 asnaf sekitar daerah Nabawan.

Advertisement
Hadir sama Pengarah Lembaga Pertumbuhan Peladang Negeri Sabah Hardriyani Ahmad, Pengurus Besar PPK Nabawan Jufry Haji Jubal, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here