Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Jabatan Pengangkutan Jalan tubuh unit cawangan latihan Sabah, Sarawak
Published on: Tuesday, April 02, 2024
Published on: Tue, Apr 02, 2024
By: []
Text Size:
Text:
Jabatan Pengangkutan Jalan tubuh unit cawangan latihan Sabah, Sarawak
IBRAHIM (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Darul Furqon.
PENAMPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menubuhkan Unit Cawangan Latihan khusus untuk Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan kesedaran integriti.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ, Ibrahim Mohd Yusof berkata aspek integriti merupakan perkara yang sentiasa dititikberatkan.

Advertisement
“Tujuan utama penubuhan unit tersebut adalah bagi memberikan latihan-latihan berkaitan integriti.

“JPJ sentiasa berusaha memastikan para pegawai mematuhi prosedur kerja dan peraturan yang telah ditetapkan ketika menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Iftar Ramadan 2024 JPJ Negeri Sabah di Masjid Baiturrahman.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam majlis tersebut, Ibrahim juga menyampaikan sumbangan kepada 41 penerima serta sebuah van kepada Maahad Tahfiz Darul Furqon.  

Di samping itu, beliau turut memaklumkan JPJ sedang merancang untuk membina sebuah lagi akademi bagi memudahkan pegawai yang bertugas di Sabah dan Sarawak mengikuti latihan agar mempunyai peluang meningkatkan kemahiran serta kecekapan.

Advertisement
“JPJ melihat ada keperluan untuk membina sebuah akademi di wilayah Borneo memandangkan kos penghantaran pegawai menjalani latihan di Semenanjung agak tinggi,” ujarnya.

Pada masa kini, Akademi JPJ hanya ada di Semenanjung Malaysia iaitu Melaka, Johor, Langkawi dan Kelantan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here