Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki sorok syabu dalam bekas termos air panas
Published on: Tuesday, April 02, 2024
Published on: Tue, Apr 02, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lelaki sorok syabu dalam bekas termos air panas
SUSPEK dan dadah yang disorok di dalam bekas termos air panas berwarna merah jambu.
TAWAU: Cubaan seorang lelaki warga asing tanpa dokumen menyeludup keluar 500.53 gram syabu yang disorok di dalam bekas termos air panas berwarna merah jambu, gagal apabila diberkas polis pada 29 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek, 29, yang mengaku dijanjikan sejumlah wang sekiranya ‘barang’ itu sampai, ditahan sekitar jam 3.30 petang, dipercayai dalam perjalanan ke Indonesia melalui Jeti CIQ Lama.

Advertisement
Menurutnya, penganggur itu ditangkap bersama barang rampasan oleh sepasukan anggota Cawangan Khas IPD Tawau bersama anggota dari Balai Polis Tawau selepas menerima maklumat dan risikan di kawasan tersebut.

“Pasukan menjalankan pemeriksaan ke atas barang seorang penumpang yang ingin menuju ke Sg Aji Kuning melalui Jeti CIQ Lama dan menemui satu bekas termos air panas berwarna merah jambu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hasil pemeriksaan lanjut, termos itu mengandungi paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 500.53 gram... Termos itu disimpan di dalam sebuah bakul raga yang dipegang suspek semasa ditahan,” katanya lagi.

Jasmin berkata, soal-siasat awal mendapati dadah yang dibekalkan dari luar daerah Tawau itu hendak dibawa ke negara jiran dan suspek dijanjikan sejumlah wang tunai matawang asing, sekiranya (dadah) sampai.

Advertisement
Tambahnya, suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, polis masih menyiasat lanjut kes itu, termasuk mengesan tangkapan kegiatan pengedaran atau sindiket lain yang terlibat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here