Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited untuk memperkasa bidang kajian dan penyelidikan secara menyeluruh, Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Kasim MansorBeliau berkata usaha itu termasuk menambah baik serta meluaskan jaringan rangkaian kerjasama dengan institusi pengajian tinggi luas dan pemain industri.
Katanya, universiti itu sentiasa meneroka ruang dan peluang untuk memperluaskan bidang penyelidikan dan terbuka untuk bekerjasama dengan pihak lain dalam kerja-kerja penyelidikan.
“Hari ini sekali lagi kita meluaskan langkah kita dalam bidang keilmuan dengan mengadakan kolaborasi bersama Kolej Sains dan Teknologi Nantong (NTST) yang berfokuskan untuk kita bergerak ke depan dalam aspek pendidikan serta penyelidikan.
“Kedua-dua institusi pengajian ini terbukti mempunyai kemampuan dan kebolehan tersendiri dan jika bekerjasama, saya amat yakin ia akan membuahkan hasil dan impak positif kepada perkembangan bidang penyelidikan dan keilmuan,” katanya
Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.






