Suami isteri penjual burger ditangkap dera 2 budak di Keningau
Published on: Friday, April 05, 2024
Published on: Fri, Apr 05, 2024
By:
Marutin Ansiung, Mohd Khairy Abdullah
Text Size:
Text:
Kanak-kanak masing-masing berumur 5 tahun dan 13 tahun 5 bulan. (Gambar PDRM)
KENINGAU: Polis Daerah Keningau berjaya mengesan dan mencekup pasangan suami isteri peniaga burger masing-masing berumur 36 dan 27 tahun yang mendera dua kanak-kanak masing-masing berumur 5 tahun dan 13 tahun 5 bulan.
Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai berkata, kes ini terbongkar apabila seorang lelaki berumur 27 tahun (pengadu) yang sedang bermain snooker di salah sebuah kedai snooker di pekan Keningau telah didatangi oleh seorang kanak-kanak penjual burger pada 2 April 2024.
Advertisement
Pengadu telah menyedari terdapat kesan luka pada badan mangsa pertama yang berumur 13 tahun 5 bulan.
Pada hari berikutnya (03 April) pengadu telah menerima gambar kesan luka seperti kesan terkena seterika pada badan mangsa pertama daripada seorang rakannya. Pengadu mengesyaki telah didera oleh seseorang dan tampil membuat laporan polis.
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.