PASCA dinobat naib juara Bintang RTM 2024, kehidupan Dayang Irsyadhania Iraril atau Dhania berubah 360 darjah.
Masakan tidak, tawaran membuat persembahan di stesen televisyen dan pentas sepanjang Hari Raya ini bertalu-talu diterima oleh penyanyi berusia 15 tahun itu.
Memanjatkan kesyukuran atas rezeki melimpah, Dhania mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini lebih berbeza kerana statusnya kini lebih dikenali.
“Pertama sekali, syukur Alhamdulillah sejak bergelar naib juara Bintang RTM orang lebih mengenali saya berbanding sebelum ini. Inilah perbezaan yang paling terasa sejak penglibatan saya dalam pertandingan ini.
Advertisement





