Kota Kinabalu: Ketua Pemuda Umno Dr. Muhamad Akmal Saleh yang memberi keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pada Jumaat menafikan kenyataannya di Kelantan baru-baru ini menghasut.
Akmal yang baru saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dibawa terus ke IPD Kota Kinabalu dengan kenderaan polis untuk diambil keterangan.
Beliau berkata sepatutnya dia akan memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada Sabtu kerana berada di Sabah untuk menghadiri program Ramadan bersama Pemuda Umno Sabah di Beaufort.
"Saya meneliti video itu dan saya rasa tiada satu pun ungkapan yang telah dikeluarkan untuk menghasut dan saya serahkan segala-galanya kepada siasatan polis dan jika ada kita sedia lawan...," katanya kepada pemberita selepas disoal-siasat oleh polis.