Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lagu raya identiti Sabah
Published on: Saturday, April 06, 2024
Published on: Sat, Apr 06, 2024
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Lagu raya identiti Sabah
TYQA bangga memasukkan elemen Sabah dalam lagu-lagunya. Gambar kanan: Tahun ini, Tyqa dan keluarga beraya di Kg Kelatuan, Papar.
DIKENALI menerusi lagu-lagu yang bercirikan identiti Sabah, penyanyi Tyqa Buloonk meluaskan konsep sama menerusi lagu raya pula.

Melihat pada lirik lagu raya terbarunya, Raya Raya Mari Beraya terdapat bait dibaca ‘Yang di perantauan pulang ke desa, lalu itu lebuh raya Pan Borneo’.

Advertisement
Tyqa yang popular dengan lagu Bukan Suka-Suka berkata, ini adalah salah satu caranya untuk menyatakan kebanggaannya dengan apa yang kita miliki di Sabah.

“Saya bangga dengan apa yang kita ada di Sabah. Apa salahnya kita ketengahkan identiti Sabah dalam lagu walaupun sedikit kerana ianya memberi satu kelainan pada muzik kita dengan yang lain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Seperti yang kita tahu bahawa Aidilfitri ini bukannya perayaan untuk satu kaum tertentu sahaja tetapi ianya dirayakan oleh umat manusia di seluruh dunia.

“Saya berharap lagu ini akan menjadi siulan buat masyarakat Sabah khususnya sepanjang bulan Syawal. 

Advertisement
“Saya letak ayat lebuh raya Pan Borneo dalam lirik lagu Raya Raya Mari Beraya bagi merasakan betapa dekatnya lagu ini buat kita orang Sabah,” katanya kepada Hiburan Ekspres.

Raya Raya Mari Beraya, gubahan sepenuhnya Tyqa, mengetengahkan nuansa muzik pop yang disadur dengan lirik Melayu loghat Sabah.

Advertisement
Mengetengahkan muzik moden, isteri kepada komposer dan ketua Kombo RTM Sabah MatlanKidz ini berkata pendengar sekarang lebih terbuka dengan lagu raya dengan genre aliran terkini.

“Konsep muzik sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Kita tidak boleh hairan sekiranya di zaman ini banyak lagu yang berentak moden sehinggakan terdapat golongan yang agak sukar menerima perubahan ini.

“Namun kita perlu terima dan akur dengan aliran terkini dalam apa juga bidang termasuk muzik.

“Begitu juga dengan pendengar khususnya anak muda, mereka lebih laju menerima perubahan muzik dan penerbit terpaksa mengatur langkah bagi memenuhi permintaan mereka.

“Di sini timbul cabaran bagi mencari mencari-penyanyi yang mampu membawa lagu-lagu moden ini.

“Namun begitu adalah lebih baik kita pelbagaikan genre kita di Sabah khususnya. Kita meriahkan muzik Sabah ini sehingga wujudnya satu industri,” katanya lagi.

Berkongsi sambutan Aidilfitri, Tyqa berkata meneruskan tradisi lebaran dia dan keluarga akan beraya di kampung bapanya di Kg Kelatuan, Papar.

“Dari segi persiapan, Alhamdulillah semuanya sudah dibuat awal kerana tidak mahu kelam kabut semasa balik kampung nanti,” katanya, dan menambah, tahun ini dia menyiapkan tiga pasang baju raya untuk diri, suami dan tiga anak lelakinya.

Mengenai undangan persembahan sepanjang Hari Raya ini, Tyqa berkata tahun ini dia tidak terlibat dalam mana-mana program televisyen, radio mahu pun rumah terbuka.

“Tahun ini belum ada rezeki untuk membuat persembahan atau program sempena Hari Raya.

“Pun begitu, saya terlibat dalam penganjuran program nyanyian kanak-kanak bertemakan lagu raya pada hujung minggu ini,” katanya. 

Video lirik rasmi Raya Raya Mari Beraya boleh ditonton di saluran YouTube Tyqa Buloonk. 

harianekspres@ymail.com 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here