Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penjara 6 bulan, sebatan kerana salah guna harta
Published on: Tuesday, April 09, 2024
Published on: Tue, Apr 09, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penjara 6 bulan, sebatan kerana salah guna harta
Pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun dan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 31 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan sebatan kerana menyalahgunakan harta.

Pemegang pasport, Jeffson mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Isnin.

Advertisement
Jeffson melakukan kesalahan itu dengan menggunakan kad petrol secara tidak jujur dengan memasukkan diesel ke dalam gelen untuk kegunaan sendiri bernilai RM196.65 pukul 5.48 pagi pada 27 Jan tahun ini di stesen minyak di Minintod, Penampang.

Pertuduhan menyatakan kad petrol itu milik Syarikat Pembinaan Indah Sdn Bhd.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun dan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Jeffson menjalani hukuman penjara bermula Isnin.

Advertisement
Mahkamah diberitahu eksekutif pentadbiran syarikat itu menyemak penyata tiga kad petrol untuk tiga kenderaan syarikat itu.

Dia mendapati ada yang mencurigakan pada salah satu penyata kad itu.

Advertisement
Selepas memeriksa CCTV di salah sebuah stesen minyak, dia melihat salah seorang pemandu syarikat yang dikenali sebagai Jeffson, telah menggunakan kad itu bagi mengisi beberapa gelen petrol untuk kegunaannya sendiri.

Timbalan Pendakwa Raya Ling Guong Zhin tampil untuk pendakwaan manakala Jeffson tidak diwakili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here