Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki mabuk, pecahkan gelas dipenjara 14 hari
Published on: Saturday, April 13, 2024
Published on: Sat, Apr 13, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki mabuk, pecahkan gelas dipenjara 14 hari
Pertuduhan mengikut Seksyen 15 Kesalahan Ordinan Kecil memperuntukkan hukuman denda RM25 dan penjara 14 hari, jika sabit kesalahan.
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 44 tahun dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM25 atau penjara sehari oleh Mahkamah Majistret kerana memecahkan dua gelas minuman ketika mabuk di sebuah bistro.

Muhd Faizal Hussin mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles melakukan kesalahan itu pada 4 April lalu, jam 1.30 pagi di S Bistro, Damai Plaza, Pusat Komersial Luyang di sini.

Advertisement
Pertuduhan mengikut Seksyen 15 Kesalahan Ordinan Kecil memperuntukkan hukuman denda RM25 dan penjara 14 hari, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pada hari tersebut, pengadu yang ingin menutup premis itu meminta Faizal membuat bayaran bagi minuman arak yang dipesannya tetapi Faizal tiba-tiba berang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Faizal telah membaling dua gelas di kaunter bar sehingga pecah menyebabkan pengadu dan rakan sekerjanya keluar kerana ketakutan dan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Siasatan polis mendapati Faizal mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Advertisement
Faizal, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan sementara pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal.

Dalam kes lain, seorang lelaki warga Indonesia didenda RM25 atau penjara sehari kerana mengugut seorang wanita untuk menimbulkan ketakutan dalam dirinya.

Advertisement
Agustinus Noeng mengaku melakukan kesalahan itu terhadap Sarinah Mat Jali pada 17 Mac tahun ini, jam 10.40 malam di kampung setinggan di belakang Jabatan Pertanian, Manggatal.

Menurut pihak pendakwaan, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara suami Sarinah dan Agustinus, yang kemudiannya membawa parang bersamanya.

Pengadu meminta mereka untuk berhenti tetapi Agustinus mengugut untuk menetaknya kerana mencampuri urusan mereka, menyebabkan dia membuat laporan polis terhadap Agustinus.

Agustinus didakwa mengikut Seksyen 8(1) Ordinan Kesalahan Kecil, yang memperuntukkan denda RM25.

Dia diperintahkan untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau menjalani hukuman.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 63 tahun meminta dibicarakan bagi tuduhan menyerang kakaknya.

Chong Sau Hen didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada Chong Oui Lan, 70, pada 11 Julai 2021 jam 3.30 petang, di sebuah rumah di Luyang, di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 29 Mei depan untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membebaskan tertuduh dengan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ling Guong Zhin dan Inspektor Kelvan Elson Maik. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here