Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
‘Kerjasama Star, PBS mampu elak pertembungan calon’
Published on: Monday, April 22, 2024
Published on: Mon, Apr 22, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
‘Kerjasama Star, PBS mampu elak pertembungan calon’
Penasihat PBS Datuk Seri Pairin Kitingan (tengah) menyaksikan MoU yang ditandatangani oleh presiden Star Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (dua dari kanan) dan timbalan presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (tiga dari kiri). (Gambar Bernama)
RANAU: Penandatanganan MOU antara Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mampu mengelak pertembungan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Presiden Parti StarSabah Datuk Abidin Madingkir berkata, perkembangan terbaharu itu juga merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan lagi kedudukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di negeri ini.

Advertisement
“Penandatanganan MOU ini sudah lama ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk direalisasikan dan ia sudah lama tertangguh kerana persefahaman seperti ini memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda kepada Ketua Menteri Sabah berkata persefahaman ini sudah tentu dapat mengeratkan hubungan politik antara StarSabah dan PBS khususnya di Paginatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebagai Adun StarSabah Dun Paginatan, saya melihat solidariti yang dimulakan oleh StarSabah dan PBS dalam GRS sudah tentu memberi impak besar kepada kekuatan GRS secara keseluruhan.

“Saya melihat kerjasama ini tidak akan menggugat kedudukan GRS sebaliknya mengukuhkan kekuatan dan kerjasama dalam kalangan komponen parti GRS khususnya di Paginatan.

Advertisement
“Dengan kerjasama ini, sudah tentu perkara yang berlaku dalam PRN16 iaitu pertembungan antara parti tempatan dapat dielakkan,” katanya.

Abidin menambah, parti komponen GRS yang dianggotai oleh parti tempatan sudah pasti dapat memberi kerjasama tepat bagi menghadapi PRN17 sebagai pasukan yang mantap. Pada Khamis, PBS dan Starsabah secara rasmi memulakan kerjasama politik yang dikenali sebagai Bersatu-Solidariti (Best).

Advertisement
Kedua-dua pihak dalam GRS menandatangani MOU kerjasama pada majlis yang diadakan di Dewan Perpaduan, Hongkod Koisaan KDCA, disaksikan oleh Perdana Penasihat PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, antara lain.

MOU itu ditandatangani oleh Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mewakili Presiden Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, bersama Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki bagi pihak PBS, dan Presiden Starsabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan pihak Setiausaha Agung Starsabah, Datuk Edward Linggu bagi pihak Starsabah.

Best adalah berdasarkan lima aspek utama iaitu; Mengukuhkan kerjasama dan kerjasama politik; Bekerjasama dalam menyelesaikan isu-isu utama Sabah; Penubuhan Majlis Pimpinan Bersama (JLC) antara PBS dan StarSabah; Perkongsian Maklumat dan Latihan Kepimpinan; dan Penubuhan Jawatankuasa Strategik.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here