Sun, 5 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

157 pemandu dikompaun kerana parkir secara haram
Published on: Thursday, April 25, 2024
By: Sidney Skinner
Text Size:

157 pemandu dikompaun kerana parkir secara haram
Seorang pegawai penguat kuasa bersiap sedia untuk mengeluarkan kompaun kepada pemandu kereta ini yang parkir sewenang-wenangnya dekat hotel 5 bintang itu.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memantau jalan raya antara pasar besar dan rumah kedai Sinsuran, dengan 157 pemandu dikompaun kerana meletak kenderaan secara haram di bahagian Ibu Negeri itu sejak Januari.

Agensi itu juga sedang meneliti dakwaan mengenai bahaya lalu lintas yang ditimbulkan oleh kenderaan bersaiz besar yang ditinggalkan di sepanjang jalan Kolombong, dengan pemilik treler dikompaun awal bulan ini kerana meletak kenderaan di bahu jalan.

Jurucakap Jabatan Penguatkuasaannya berkata pegawai DBKK memeriksa secara berkala Jalan Tun Fuad Stephens, Lorong Gomantong, Jalan Dua Puluh dan Jalan Datuk Chong Thian Vun di Kota Kinabalu.

Kakitangan DBKK mencatat butiran kenderaan yang diletakkan secara haram berhampiran Pasar Besar.

“Seramai enam pemandu diambil tindakan kerana meninggalkan kenderaan di ruang tidak bertanda semasa dua pemeriksaan berasingan bulan ini,” katanya.

“Pemandu kenderaan boleh disifatkan meletak kenderaan secara haram, jika tiada tanda sempadan yang dicat di kedua-dua belah permukaan jalan yang diduduki kenderaan mereka,” katanya.

“Ini tidak kira sama ada kereta mereka menghalang aliran lalu lintas di kawasan itu.”

Di bawah Undang-undang Kecil Peruntukan Tempat Letak Kereta (Letak Kereta Kupon) 2014 agensi itu, mereka yang meninggalkan kenderaan mereka di tempat letak kereta yang tidak ditetapkan boleh dikenakan kompaun sehingga RM500, menurutnya.

Katanya, pesalah berulang dan mereka yang gagal menyelesaikan kompaun mereka boleh diheret ke mahkamah.

Jika mereka didapati bersalah mereka berisiko dikenakan denda RM20,000, menjalani hukuman penjara 12 bulan atau kedua-duanya, menurut jurucakap itu.

“Pegawai kami turun padang pada pelbagai waktu siang dan malam sebanyak 20 kali pada Mac. Kira-kira 65 kompaun dikeluarkan bulan itu. 

“Tujuh puluh sembilan yang lain telah dikompaun dalam 17 pemeriksaan pada Februari.”

Dia berkata tujuh kompaun dikeluarkan di kawasan Sinsuran pada bulan pertama tahun ini.

Pemandu kenderaan ini diambil tindakan kerana menduduki ruang tidak bertanda di sepanjang jalan utama di hadapan bangunan The Citadines.

“Kami sudah berusaha untuk menghalang insiden meletekkan kereta secara haram di sekitar hotel lima bintang di bahagian Bandaraya ini.”

Jurucakap itu berkata terdapat peningkatan ketara dalam bilangan pesalah parkir di Sinsuran sejak empat bulan lalu berbanding mereka yang telah diambil tindakan atas kesalahan sama tahun lepas.

Katanya, seramai 87 pemandu dikenakan kompaun atas kesalahan meletak kenderaan di sekitar Sinsuran pada 2023.

“Empat kompaun dikeluarkan pada Disember, tiga pada Oktober dan 11 pada September.”

Katanya, 23 pemandu dikenakan kompaun pada Ogos dan 17 lagi pada bulan sebelumnya.

Enam belas kompaun dikeluarkan di kawasan Sinsuran pada Jun dan 13 antara Februari dan Mei, menurutnya.

Jurucakap itu berkata anggota penguatkuasa akan memantau secara berkala keadaan di sepanjang pelbagai jalan antara pasar dan Sinsuran, serta di sepanjang Jalan Kolombong.

Pemilik treler yang ditemui di Jalan Kolombong ini dikeluarkan kompaun awal bulan ini. 

“Kami berharap dengan cara ini dapat meminimumkan kesulitan yang disebabkan oleh pemandu yang meletak kenderaan secara sembarangan di laluan ini.

Pemantauan di jalan Kolombong susulan maklum balas seorang pemandu tentang kesukaran yang dialami pemandu untuk mengakses dan keluar dari kedai bajet bertentangan dengan bangunan Maritim Malaysia di Kolombong.

NANSY dari Kolombong berkata terdapat kenderaan berat, termasuk lori, lori 10 tan dan treler kerap diletakkan di tepi jalan utama.

“Kenderaan ini menghalang pandangan lalu lintas di jalan utama, yang menyusahkan pemandu yang cuba keluar masuk ke kawasan kedai bajet itu,” katanya.

Katanya, dia sudah dua kali menyuarakan kesulitan ini kepada DBKK tetapi, setakat ini, tidak banyak yang dilakukan untuk menghalang pemandu daripada meletak kenderaan secara haram di Jalan Kolombong.

“Saya mula-mula menghubungi agensi itu pada November dan sekali lagi pada awal April.

“Dalam tempoh lima bulan antara laporan ini, semakin banyak kenderaan bersaiz besar ditinggalkan di bahu jalan berhampiran kedai itu,” kata Nancy.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here