Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kilang simen RM1.2b di Tongod pemangkin pertumbuhan ekonomi: Ketua Menteri
Published on: Sunday, April 28, 2024
Published on: Sun, Apr 28, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kilang simen RM1.2b di Tongod pemangkin pertumbuhan ekonomi: Ketua Menteri
HAJIJI diberi taklimat mengenai projek kilang simen itu.
TONGOD: Usaha bagi pembangunan kilang bersepadu pengeluaran batu hangus dan simen di Kampung Kawayoi Pinangah di sini, bakal menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi daerah dan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata projek bernilai RM1.2 bilion itu juga membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat, termasuk menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Advertisement
“Projek ini juga seiringan dengan tekad kerajaan untuk menamatkan kemiskinan tegar di negeri ini,” katanya selepas majlis pecah tanah bagi pembangunan kilang di Kampung Penangah di sini, Sabtu.

Selain itu, Hajiji berkata matlamat untuk membangunkan kilang simen di Penangah juga bertepatan dengan ketersediaan sumber yang diperlukan bagi penghasilan simen.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, sejajar dengan pembinaan kilang simen itu, infrastruktur lain juga akan turut dimajukan seperti kemudahan jalan raya ke tapak, loji rawatan air, elektrik dan telekomunikasi.

“Ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada penduduk di kawasan luar bandar khususnya penduduk di Tongod,” katanya.

Advertisement
Menurut Hajiji, projek itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Sabah selain dapat menarik menarik pelabur ke negeri itu.

Apabila beroperasi kelak, kilang baharu itu akan melengkapkan kemudahan sedia ada Cement Industries Sabah Sdn Bhd, katanya.

Advertisement
“Saya yakin kilang baharu ini bukan setakat meningkatkan pengeluaran simen, tetapi turut membolehkan kita menjadi pengeksport simen,” katanya.

Pada majlis sama, Hajiji menyerahkan sebanyak 83 geran tanah berjumlah 186.06 hektar kepada kalangan penerima dari Kampung Kuamut (27), Kampung Penangah (21), Kampung Entilibon (25) dan Kampung Mananam (10). 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here