Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tangki air dan loji rawatan air JANS selamat, tepati piawaian
Published on: Sunday, April 28, 2024
Published on: Sun, Apr 28, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Tangki air dan loji rawatan air JANS selamat, tepati piawaian
Shahelmey berkata, walaupun video yang tular baru-baru ini (gambar kanan) mengenai tangki air tercemar bukan berlaku di Sabah tetapi ia perlu diambil perhatian oleh pihak berkaitan, termasuk Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pihak pengurusan kawasan perumahan.
PUTATAN: Tangki air tercemar atau kotor mungkin boleh berlaku jika penyelenggaraan tidak dilakukan mengikut syarat yang ditetapkan, kata Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Beliau berkata, walaupun video yang tular baru-baru ini mengenai tangki air tercemar bukan berlaku di Sabah tetapi ia perlu diambil perhatian oleh pihak berkaitan, termasuk Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pihak pengurusan kawasan perumahan.

Advertisement
“Video tular itu disemak dan bukan berlaku di Sabah tetapi ia juga menunjukkan ia mungkin boleh berlaku.

“Di jabatan air memang sentiasa mempunyai kawalan secara berkala terhadap tangki-tangki air atau aset, namun kita perlu membezakan kategori aset secara langsung di bawah JANS atau aset itu dimiliki oleh individu atau pihak pengurusan kawasan perumahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jadi ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak dan menggunakan syarat yang dikenakan, tetapi mungkin ada satu kelemahan dalam budaya penyelenggaraan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Putatan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, di Dewan Sri Putatan, di sini pada Sabtu.

Beliau ditanya mengenai prosedur penyelenggaraan tangki air bagi mengelak air yang disalur kepada pengguna tercemar, seperti satu video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Advertisement
Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah bagaimanapun memberi jaminan bahawa semua air yang dibekalkan oleh JANS selamat digunakan.

“Untuk bekalan air terawat yang dihasilkan di loji-loji rawatan air JANS, semuanya selamat dan menepati piawaian ditetapkan,” katanya.

Advertisement
Sebelum itu, tular satu video berdurasi tiga minit 41 saat memaparkan satu tangki air domestik yang membekalkan air kepada penduduk, namun kelihatan kotor dan tercemar.

Hadir sama pada majlis rumah terbuka tersebut adalah isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here