LAHAD DATU: Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), bersama Amalan Pertanian Baik (GAP) secara sinergistik akan meningkatkan kualiti tandan buah segar (FFB) dan pendapatan pekebun kecil kelapa sawit, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
Beliau berkata, setakat 2023, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan jumlah kawasan ladang kelapa sawit di Malaysia mencecah 5.65 juta hektar, dengan petani kecil merangkumi 26.4 peratus daripada keseluruhan keluasan itu.
Susulan peningkatan kesedaran global terhadap kemampanan, banyak negara pengimport utama telah menetapkan syarat perdagangan yang ketat untuk negara pengeksport komoditi dan makanan, bagi memastikan produk yang mereka import memenuhi piawaian pembangunan mampan.
Advertisement





