Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Visa Asean boleh rangsang pelancongan, tetapi wujud risiko keselamatan
Published on: Monday, April 29, 2024
Published on: Mon, Apr 29, 2024
By: FMT, Ameer Fakhri
Text Size:
Text:
Visa Asean boleh rangsang pelancongan, tetapi wujud risiko keselamatan
Thailand mencadangkan visa bersama bagi negara-negara di semenanjung Asean diwujudkan, membolehkan pelancong bebas melakukan perjalanan merentasi enam negara.
PETALING JAYA: Sektor pelancongan Malaysia akan mendapat rangsangan, dengan kesan riak, jika menyertai program visa bersama lima negara Asean lain, kata pakar ekonomi.

Bagaimanapun, seorang pakar keselamatan menggesa agar penilaian yang teliti dijalankan terhadap negara-negara yang terlibat, untuk mengelak keselamatan negara terjejas dan bahaya sosio-ekonomi.

Advertisement
Program visa bersama itu, yang dicadangkan oleh Thailand, akan membolehkan pelancong bebas melakukan perjalanan merentasi Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar, Thailand dan Malaysia.

Cadangan itu disambut baik oleh pakar ekonomi Geoffrey Williams yang berkata, usaha menyepadukan negara-negara Asean melalui inisiatif sedemikian sudah lama tertangguh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dengan akses yang lebih mudah ke negara-negara di semenanjung Asia Tenggara, pelancong boleh merancang percutian yang lebih panjang dan tersusun.

“Ini akan menjadi lebih menarik, untuk beberapa negara berkongsi pelancong,” katanya kepada FMT.

Advertisement
Syarikat pelancongan dan rangkaian hotel boleh membangunkan pakej Asean yang lebih luas, dan kesannya akan dirasai dalam industri lain, seperti dalam kalangan pembekal makanan; kakitangan hospitaliti dan penyelenggaraan; peruncit; dan syarikat teknologi, katanya.

Malaysia mencatatkan ketibaan 26.1 juta pelancong pada 2019, memperoleh RM89.4 bilion daripada pelancongan masuk, selain RM92.6 bilion daripada pelancongan domestik. Tahun lepas, lebih 20 juta pelancong datang ke Malaysia, menurut Tourism Malaysia, mengatasi sasaran sebanyak 19.1 juta.

Advertisement
Visa bersama Asean itu dicadangkan oleh Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin, yang membayangkan aturan yang serupa dengan kawasan Schengen tanpa sempadan, meliputi 29 negara di Eropah.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia memerlukan lebih masa untuk mempertimbangkan cadangan itu.

Collins Chong, seorang penganalisis keselamatan dan strategi di Universiti Malaya berkata, risiko keselamatan bergantung kepada negara-negara yang dipilih untuk menikmati visa jenis Schengen ini.

“Penting untuk mengecualikan negara berisiko tinggi agar isu-isu seperti tinggal lebih masa dan risiko konvensional dan bukan konvensional lain dapat dielakkan,” katanya.

Chong percaya, faedah ekonomi tidak patut diperoleh dengan mengorbankan keselamatan jangka panjang Malaysia.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa hasil daripada pelancongan yang akan diperoleh Malaysia adalah besar, meraih manfaat daripada pelancong yang singgah selepas mengunjungi negara jiran yang popular, khususnya Thailand.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here