SELEPAS mengundurkan diri sebagai penyampai radio Era Sabah, Kim Azizd mengakui dia kini lebih menumpukan pada kariernya dalam sukan bina badan.
Masih belum melupakan sepenuhnya dunia hiburan yang telah menaikkan namanya, Kim berkata tahun ini dia mensasarkan untuk menyertai pertandingan bina badan peringkat antarabangsa.
“Sebenarnya saya berminat dalam bidang ini sejak berumur 12 tahun lagi. Tapi saya mula menceburi secara serius sebagai pelatih peribadi (personal trainer) dan juga atlet sejak lapan tahun lalu.
“Sekarang saya lebih menumpukan kepada aktiviti sukan bina badan berbanding hiburan.
Advertisement





