Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar terima hingga 50,000 permohonan Rumah Mesra Rakyat
Published on: Friday, May 03, 2024
Published on: Fri, May 03, 2024
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar terima hingga 50,000 permohonan Rumah Mesra Rakyat
Masiung yang juga Adun Kuamut dan Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd berkata, hanya mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah layak dipertimbang untuk RMR.
Kota Kinabalu: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) menerima 40,000 hingga 50,000 permohonan dalam talian bagi skim Rumah Mesra Rakyat (RMR), kata Pengerusinya, Datuk Masiung Banah.

"Tahun ini, LPPB akan membina beberapa projek perumahan,” katanya pada majlis sambutan Hari Raya bersama media di sini pada Khamis.

Advertisement
“Antaranya adalah 50 Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kemabong, Tenom, 50 in Merotai, Tawau, 25 in Beluran, dan 50 di Sukau.”

Masiung yang juga Adun Kuamut dan Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd berkata, hanya mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah layak dipertimbang untuk RMR.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“LPPB sedar permintaan tinggi daripada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah.

“Lembaga Pengarah bekerja dengan gigih, tetapi masih ramai yang memerlukan bantuan.

Advertisement
“Bagaimanapun, itu sahaja kemampuan LPPB menyediakan RMR kerana kita bergantung kepada peruntukan kerajaan.”

Mengenai penstrukturan semula LPPB, beliau berkata beberapa pelarasan akan dibuat di setiap jabatan.

Advertisement
“Terdapat lapan pengurus jabatan di LPPB – ada yang berada dalam bidang mereka antara 10 hingga 20 tahun.

“Jadi kita mahukan sedikit perubahan supaya mereka tidak terlalu selesa di jabatan mereka sekarang.

“Mereka mesti sekurang-kurangnya berpindah ke jabatan lain dengan harapan mereka akan mempunyai azam dan idea baharu yang memberi manfaat kepada LPPB.

“Kami tidak mahu mereka terus berada dalam zon selesa,” katanya.

Pada program Khamis, Masiung berkata ia bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin kerajaan dan pengamal media.

“Seperti yang saya katakan tadi, dari segi membentuk dan menimbangkan pembangunan serta perubahan minda masyarakat, kita (pemimpin kerajaan dan media) mempunyai objektif yang sama tetapi dalam platform berbeza,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
Rumah Mesra Rakyat
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here