Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pawagam komuniti 10Star Cinemas rangsang industri filem Sabah
Published on: Friday, May 03, 2024
Published on: Fri, May 03, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pawagam komuniti 10Star Cinemas rangsang industri filem Sabah
Tun Juhar menandatangani plak pawagam sebagai gimik perasmian 10Star Cinema Parklane City Benoni. - Foto: Jabatan Penerangan Sabah.
PAPAR: Pembukaan pawagam komuniti 10Star Cinemas di Parklane City di sini memberi peluang kepada penggiat industri perfileman tempatan di Sabah untuk menghasilkan dan menerbitkan lebih banyak filem berkualiti sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinemas Onn Norshal Hamzah berkata 10Star bukan hanya sebagai syarikat tayangan filem tetapi juga mengedarkan filem tempatan Sabah antaranya Namatai yang telah ditayangkan dan Sinakagon yang bakal ditayangkan bulan depan.

Advertisement
“Apabila kita buka pawagam di Sabah dan pasaran di Sabah sebagai contoh Namatai boleh mencecah sehingga ratus ribu (ringgit) kutipan, kita percaya ia akan mendapat sambutan,” katanya.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni menyempurnakan perasmian itu yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Ahli Parlimen Papar. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Onn Norshal berkata pihaknya memilih Papar kerana kedudukan daerah itu sebagai bandar satelit yang menjadi laluan utama dan persinggahan penduduk dari daerah-daerah di Selatan dan Utara Sabah.

Beliau berkata 10Star Cinemas di Parklane City, Benoni itu adalah yang kelima selepas dua pawagam dibuka di Tawau dan Sandakan manakala satu bakal dibuka di 1 Avenue Commercial Center di Kota Marudu.

Advertisement
Pawagam yang mempunyai enam dewan dan berkapasiti lebih 400 penonton pada satu-satu masa itu menggunakan teknologi terkini yang dibawa dari luar negara, katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here