Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ketua Menteri serah watikah pelantikan 14 ahli lembaga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Published on: Saturday, May 04, 2024
Published on: Sat, May 04, 2024
By: Crystal E Hermenegildus
Text Size:
Text:
Ketua Menteri serah watikah pelantikan 14 ahli lembaga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
HAJIJI (duduk, tengah) bersama ahli lembaga penasihat DBKK (berdiri, belakang).
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyampaikan watikah pelantikan kepada 14 ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi penggal 2024-2027 di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya, di sini, Jumaat.

Lembaga Penasihat terdiri daripada Datuk Dr Sharifah Habsah Habib Alawi, Datuk Yong Chiew Lip @ Philip Yong, Dr Siti Fatmah binti Suahid, Ar James Wong Kein Peng, Li Su Fook, Datuk Lo Vun Che @ Jessica J, Mohd Zahari Mohd Zinin, Judy Hiew Mui Nyuk, Lim Vun Chan, Helmi Shahril bin Ag Kassim, Ar Tressie Yap Chui Kie, Datuk Hj Alsat bin Edris @ Arsad Arshad Idris, Orson Lo Ming Liong dan Ar Tan Young.

Advertisement
Seorang ahli lembaga, Datuk Clement Yeh tidak menerima watikah pelantikannya kerana penggalnya hanya akan tamat tahun depan.

Hajiji kemudiannya diberi taklimat mengenai rancangan pembangunan DBKK oleh Mayor Datuk Dr Sabin Samitah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew yang juga Adun Api-Api, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin merangkap Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan Adun Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari.

Sementara itu, Dr Sabin berkata DBKK dan penasihat dilantik akan mengadakan perbincangan untuk mengumpul maklum balas berhubung program yang dimasukkan dalam pelan strategik dan Pelan Induk Bandaraya Kota Kinabalu 2030 (Pelan KK 2030).

Advertisement
Justeru, beliau berharap penasihat dapat memberikan pandangan bernas bagi menambah baik pengurusan DBKK dan mengangkatnya ke peringkat lebih tinggi.

“Penasihat adalah penting kerana mereka membawa pandangan daripada interaksi tetap dengan orang ramai, mempunyai pelbagai pengalaman dan memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing.

Advertisement
“Mungkin ada pendapat yang berbeza, tetapi ia positif kerana ia akan memupuk perbincangan lebih rapi untuk menghasilkan keputusan lebih baik,” kata kata Dr Sabin selepas acara itu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tahap kebersihan Bandaraya ini adalah sesuatu yang membanggakan. Bagaimanapun, beliau berharap orang ramai memberi kerjasama dalam memastikan pengurusan sisa di sini terus berkesan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here