Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jelajah tingkat kesedaran tentang e-Lesen LRMP
Published on: Saturday, May 04, 2024
Published on: Sat, May 04, 2024
By: Jozie John
Text Size:
Text:
Jelajah tingkat kesedaran tentang e-Lesen LRMP
GAMBAR berkumpulan semasa program road tour e-Lesen LRMP di SICC.
Kota Kinabalu: Lebih 300 peserta menghadiri program ‘road tour’ Sistem Pelesenan Racun Makhluk Perosak Lembaga Racun Makhluk Perosak (e-Lesen LRMP) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah baru-baru ini.

Dianjurkan Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Sabah Jabatan Pertanian Malaysia, acara itu menyaksikan kehadiran pegawai pihak berkuasa tempatan, pemegang lesen premis racun, pengendali kawalan makhluk perosak, ejen pengangkutan dan individu yang terlibat dalam perniagaan racun perosak.

Advertisement
Program itu menampilkan ceramah dan latihan amali mengenai pengendalian e-Lesen LRMP, dengan tumpuan kepada penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelesenan bagi Penjualan dan Penyimpanan untuk Jualan) 2007.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here