Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Rakyat Cina cedera daki Gunung Kinabalu
Published on: Saturday, May 04, 2024
Published on: Sat, May 04, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Rakyat Cina cedera daki Gunung Kinabalu
PASUKAN Mosar membawa mangsa ke Timpohon Gate.
RANAU: Seorang rakyat Cina berusia 30 tahun menjadi mangsa kelapan mengalami komplikasi semasa mendaki Gunung Kinabalu tahun ini selepas dia tergelincir dan terjatuh di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Sub Stesen Panalaban, Gunung Kinabalu, kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Advertisement
“Kami menerima panggilan melalui Talian Balai dan satu pasukan dari 12 anggota diketuai Pegawai Operasi Feranideh Medi dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan tiba di lokasi, kita dapati ada seorang pendaki terseliuh dan bengkak kaki kanan ketika turun dari K.M 6.2 Gunung Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Malim Gunung membawa mangsa ke Sub Stesen Panalanban untuk mendapatkan rawatan awal. Mosar memberikan rawatan awal dan kemudian membawa turun mangsa menggunakan Robinson Stretcher ke Timpohon Gate,” katanya.

Menurut Ridwan, kira-kira jam 4.50 petang, mangsa selamat tiba di Timpohon Gate dan kemudian diserahkan kepada suaminya untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

Advertisement
Tambahnya, kes pada Isnin menjadi kes pertama bagi bulan Mei tahun ini, dan ke-8 bagi 2024.

Pada Januari, tiga pendaki mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu manakala pada Februari (2) dan Mac (2) kes serupa direkodkan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here