Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Umno Sipitang diarah siap siaga
Published on: Monday, May 06, 2024
Published on: Mon, May 06, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Umno Sipitang diarah siap siaga
ABD Rahman bersama jawatankuasanya.
SIPITANG: Jentera Umno Sipitang diarah untuk siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 yang dijangka diadakan tahun hadapan.

Ketua Bahagiannya Abd Rahman Mat Noh berkata demikian dalam mesyuarat Jawatankuasa Bahagian di sini pada Rabu selain mengingatkan Umno wajar merampas kembali kerusi di kawasan Lumadan dan Sipitang.

Advertisement
“Saya menyeru agar semua jentera parti bersiap siaga untuk menghadapi PRN yang datang bagi memastikan Umno kembali memegang tampuk pemeritahan Kerajaan,” katanya.

Disamping itu juga beliau amat menghargai kesetiaan ahli-ahli dan jawatankuasa yang terus kekal bersama dan memilih Umno sebagai landasan perjuangan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Terus terang saya katakan walaupun ada mendapat tawaran dan pujukan untuk menyertai parti lain namun kesetiaan saya  pada parti tidak akan pernah goyah,” katanya.

“Solidariti dan bukti kemantapan Umno di P178 Sipitang ini akan terlihat nanti apabila berlangsungnya Mesyuarat Cawangan secara berkelompok dilaksanakan sepanjang bulan Mei nanti,” tambahnya.

Advertisement
Beliau juga berharap agar jawatankuasa bahagian tidak leka dan lalai menghadapi parti lawan serta jangan menganggap remeh kekuatan lawan.

“Mereka harus bijak menangani dan menjawab mana-mana isu yang dimainkan oleh pihak lawan,” katanya.

Advertisement
Abd Rahman yang juga Pengerusi Giat Mara Sipitang berkata semua barisan pimpinan Umno perlu menjelaskan dengan bijak mana-mana isu yang dibangkitkan oleh parti lawan.

Justeru itu beliau juga menyeru agar Pemuda dan Puteri terus bekerja bagi mendaftarkan mereka yang belum menyertai Umno bermula dari usia 18 tahun.

“Wanita, Pemuda dan Puteri Umno merupakan tulang belakang bagi menjadikan umno terus kukuh dan kuat yang saling bekerjasama antara satu dengan lain,” katanya.

Abd Rahman berkata mereka ini wajar mendekati anak-anak muda dan memperjelaskan perjuangan sebenar Umno dan menyatakan pendirian parti untuk menarik mereka menyertainya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here