Mon, 20 May 2024

HEADLINES :


Shitoryu Sabah bawa pulang 17 emas, 12 perak dan 10 gangsa
Published on: Wednesday, May 08, 2024
By: R Gonzales
Text Size:

Shitoryu Sabah bawa pulang 17 emas, 12 perak dan 10 gangsa
GESIRI bersama jurulatih dan atlet Shitoryu Sabah.
Kota Kinabalu: Kontinjen Persatuan Karate Shitoryu Sabah (Shitoryu Sabah) menerima sambutan meriah sebaik kembali ke negeri ini dengan kemenangan dari Kejohanan

Kebangsaan M.A.S.K 2024 (Persatuan Karate-Do Shitoryu Malaysia) yang diadakan di Kompleks Paralimpik Malaysia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Kejohanan itu diakhiri dengan persembahan cemerlang atlet Sabah, yang mengungguli jadual pingat terakhir dengan 17 pingat emas, 12 perak dan sepuluh gangsa, disusuli Shitoryu Selangor dan Shitoryu Kuala Lumpur yang masing-masing meraih lapan serta empat pingat emas.

Difahamkan, acara berkenaan disertai daripada sepuluh pasukan dari seluruh Malaysia, merangkumi lebih 300 peserta terdiri daripada usia lima tahun sehingga tahap senior dalam kategori lelaki dan perempuan.

Presiden Shitoryu Sabah, Gesiri Gambung berkata, kontinjen Shitoryu Sabah diwakili seramai 28 atlet diiringi 15 ibu bapa dan penyokong yang diketuai Pengurus Pasukan, Wilhelmina Danny serta Jurulatih Pasukan, Malcom Marwill dan McRoyce Donoval Dagul.

Katanya, turut mewakili Shitoryu Sabah sebagai pengadil adalah Sensei Thomas Olin dan Sensei Primus Sunning.

“Saya bangga dengan keseluruhan keputusan dan berterima kasih kepada pihak penganjur Kejohanan Kebangsaan M.A.S.K, Shitoryu Kuala Lumpur atas layanan mesra mereka serta ibu bapa dan penyokong atlet atas sokongan yang berterusan.

“Kami sentiasa komited dalam fasa pembangunan atlet kami dan berharap untuk mencapai sasaran kami iaitu melahirkan atlet berprestasi terbaik dalam masa 2 tahun,” katanya ketika ditemui di Tamparuli, Isnin lalu.

Menurutnya, atlet persatuan Shitoryu Sabah menunjukkan disiplin dan semangat yang tinggi dalam Kejohanan Kebangsaan M.A.S.K. 

“Penyertaan kejohanan ini merupakan sebahagian daripada perjalanan yang panjang dan kami akan kembali lebih kuat pada kejohanan yang akan datang.

“Dalam sukan Karate, kami adalah satu keluarga besar. Malah, kejohanan ini memberi kami peluang untuk membina hubungan yang sangat baik dalam kalangan atlet, ibu bapa dan jurulatih. Kami berjalan seiring seperti sebuah keluarga besar di Shitoryu Sabah,” ujarnya.

Menurusi keputusan kejohan terbabit, pemenang pingat emas Shitoryu Sabah terdiri daripada Inara Nadeera binti Mohd Nazrey (kata & kumite individu -25kg perempuan 6-8 tahun), Inas Naaila binti Mohd Nazrey (kata individu perempuan 9-11 tahun), Hans Joseph Junior (kata individu lelaki 12-13 tahun), Elcy Fredoline (kumite individu +25kg perempuan 6-8 tahun), Sylisaac Immanuel Sylvalerian (kumite individu -40kg lelaki 9-11 tahun), Scarlet Hope Danny Chong (kumite individu +30kg perempuan 9-11 tahun), Donovee Lesley (kumite individu -45kg perempuan 12-13 tahun), Jessyline Jane Luis (kumite individu +45kg perempuan 12-13 tahun), Grebradley Bryan Gesiri Gambung (kata & kumite individu -47kg lelaki kadet), Jacquiline Jean Luis (kata & kumite individu -47kg perempuan kadet), Larresca Jayne Herbert Hezron (kata individu perempuan remaja), Jesyntha Chong (kata individu wanita senior), Thiery Christian Thomas (kumite individu +61kg lelaki remaja) dan McRoyce Donovan Dagul (kumite individu -75kg lelaki senior). 

Sementara itu, pingat perak diperoleh daripada Sylisaac Immanuel Sylvalerian (kata individu lelaki 9-11 tahun), Clovie Beverly Gesiri Gambung (kata & kumite individu -45kg perempuan 12-13 tahun), Charity Bea Gesiri Gambung (kumite individu -25kg perempuan 6-8 tahun), Mohd Dayyan Shahrizal (kumite individu -40kg lelaki 9-11 tahun), Inas Naaila binti Mohd Nazrey (kumite individu -30kg perempuan 9-11 tahun), Reavelle Adelaide G (kumite individu +45kg perempuan 12-13 tahun), Qisya Eryana Mohd Azmi@Roger (kata & kumite individu -47kg perempuan kadet), Elzy Elezendro Primus (kumite individu +57kg lelaki kadet), Daniel Lee Errzie (kumite individu -47kg lelaki kadet) dan Larresca Jayne Herbert Hezron (kumite individu +53kg perempuan remaja).

Manakala pingat gangsa pula diperoleh daripada Elcy Fredoline (kata individu perempuan 6-8 tahun), Mohd Dayyan Bin Shahrizal (kata individu lelaki 9-11 tahun), Luxorius Lex Luis (kata & kumite individu -40kg lelaki 9-11 tahun), Reavelle Adelaide G (kata individu perempuan 12-13 tahun), Haylen Joelle Zoe Ann (kumite individu -30kg perempuan 9-11 tahun), Hans Joseph Junior (kumite individu -50kg lelaki 12-13 tahun), Theo Noah Thomas ( kumite individu +50kg lelaki 12-13 tahun), Irfan Mohd Azmi @ Roger (kata individu lelaki senior) dan Jesyntha Chong (kumite individu -55kg wanita senior). 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here