Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Menteri perjelas pelaksanaan Kaunter Berpusat di Taman Tunku Abdul Rahman
Published on: Saturday, May 11, 2024
Published on: Sat, May 11, 2024
Text Size:
Text:
Menteri perjelas pelaksanaan Kaunter Berpusat di Taman Tunku Abdul Rahman
“Antara fungsi dan tanggungjawab Kaunter Berpusat ini adalah menerima dan mendaftar syarikat-syarikat pengendali sukan air sedia ada atau baharu untuk rekod pemantauan dan kawalan Taman-Taman Sabah," kata Liew.
Kota Kinabalu: Pelaksanaan Kaunter Berpusat untuk aktiviti sukan air di Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) di sini adalah bagi memastikan semua bot yang mengendalikan sukan seumpama itu mempunyai permit mendarat sah, keselamatan pelancong yang mengambil bahagian dan pengurusan pelancong yang sistematik di pulau dan jeti, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Christina Liew. 

Ia juga bagi membanteras ‘ulat’ pakej aktiviti sukan air, katanya sambil menambah, ini supaya pelancong lebih selesa melakukan aktiviti riadah dan keselamatan mereka terjamin apabila menggunakan perkhidmatan yang berdaftar dengan Taman-Taman Sabah.

Advertisement
Isu pelaksanaan Kaunter Berpusat bagi aktiviti sukan air menjadi tular di media massa dan sosial baru-baru ini.

Liew berkata pihak pengurusan Taman-Taman Sabah dalam proses menambah baik sistem pengurusan pelancong di kawasan Taman-Taman Sabah yang menyertai aktiviti sukan air yang dijalankan di luar sempadan TTAR seperti parasailing, banana boat dan sebagainya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata isu yang dihadapi oleh pengurusan berkaitan aktiviti sukan air ialah:
  • Masalah “ulat”. Penjualan pakej-pakej aktiviti sukan air oleh orang perseorangan (freelance)/syarikat atau dikenali sebagai “ulat” secara terbuka/tertutup di pulau-pulau TTAR. Aktiviti ini adalah satu kesalahan di bawah Peraturan Taman Tunku Abdul Rahman. “Ulat” tersebut biasanya masuk pulau untuk mencari pelanggan untuk menjual pakej-pakej bagi mendapatkan komisen dari syarikat-syarikat;
  • Penggunaan jeti tidak teratur/sesak. Ruang menunggu bot di jeti Taman (contoh jeti pulau Manukan) menjadi sesak apabila setiap “ulat” berkumpul dengan pelanggannya secara tidak sistematik dan ditambah lagi setiap syarikat pengendali sukan air berlumba-lumba melabuhkan bot untuk mengambil pelanggan;
  • Kesukaran memantau bot pengendali (terutama melibatkan insuran dan keselamatan pelancong). Bot-bot yang digunakan untuk membawa pelancong untuk aktiviti-aktiviti sukan air ini tidak dapat dipantau sepenuhnya sama ada mempunyai landing permit yang masih sah atau tidak (tamat tempoh);
  • Kecederaan pelancong. Apabila kecederaan pelancong akibat mengikut aktiviti-aktiviti ini, pelancong ini dihantar kepada lifeguard Taman untuk mendapat rawatan awal. Tanggungjawab ini diserahkan kepada pihak Taman mengurus pelancong ini;
  • Aktiviti ketika cuaca buruk. Tidak ada kawalan pihak Taman untuk memberhentikan bot syarikat pengendali ini dan keselamatan pelancong yang diambil dari kawasan Taman adalah tidak terjaga.”

“Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah telah meluluskan dua  syarikat yang bertindak sebagai ejen untuk membantu TTS menangani isu-isu ini untuk mengendalikan Kaunter Berpusat di TTAR iaitu di Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Padang Point (Pulau Gaya).

Advertisement
“Antara fungsi dan tanggungjawab Kaunter Berpusat ini adalah menerima dan mendaftar syarikat-syarikat pengendali sukan air sedia ada atau baharu untuk rekod pemantauan dan kawalan Taman-Taman Sabah.

“Kaunter hendaklah memastikan setiap syarikat pengendali sukan air yang berdaftar hendaklah mempunyai ‘Landing Permit’ yang sah dikeluarkan oleh TTS, menyedia dan menjual tiket-tiket aktiviti sukan air kepada pelanggan/pelancong yang berminat, memberi taklimat keselamatan dan menyelaras sistem penggiliran bot syarikat pengendali sukan air dengan pelanggan di Jeti TTS.

Advertisement
“Pengurusan Taman mengeluarkan notis pemberitahuan pelaksanaan kaunter berpusat pada 1 Mei 2024 sebagai makluman awal kepada syarikat pengendali sukan air. Ini bagi membolehkan pendaftaran oleh syarikat pengendali sukan air dapat dibuat dan seterusnya penerangan dan perbincangan lanjut ke atas tujuan kaunter tersebut dapat dibuat dengan teratur seperti pelaksanaan sistem tiket, sistem giliran, SOP keselamatan dan beberapa lagi,” kata Liew dalam kenyataan, Jumaat.  

Katanya, ketika ini, pelaksanaan kaunter ini masih proses pendaftaran syarikat dan seterusnya penerangan dan perbincangan lanjut dengan pengendali sukan air akan dijalankan dalam masa terdekat dan ini termasuk konsultasi dan ketetapan mengenai kutipan bayaran. 

“Pada masa ini, belum ada ketetapan atau arahan untuk kutipan pembayaran dan ia masih di peringkat perbincangan.”  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here