Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Zahid nafi tawar individu jawatan setiausaha agung parti 
Published on: Saturday, May 11, 2024
Published on: Sat, May 11, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Zahid nafi tawar individu jawatan setiausaha agung parti 
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kota Kinabalu: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat menafikan dakwaan, kononnya beliau menawarkan jawatan Setiausaha Agung parti kepada seorang individu sekiranya individu itu menyokongnya sebagai Presiden Umno, pada pemilihan parti 2018.

Ahmad Zahid berkata dakwaan yang ditimbulkan oleh individu itu, yang kini merupakan seorang pemimpin pembangkang serta dijadikan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, adalah tidak benar.

Advertisement
“...saya nasihatkan dia bertaubat cepat-cepat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-exco Luar Bandar (Mexclub) di sini Jumaat, tanpa menyebut secara spesifik nama individu berkenaan.

Pada pemilihan Umno pada tahun 2018, perebutan jawatan presiden adalah di antara Ahmad Zahid, Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here