Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lembaga Pertubuhan Peladang komited bantu peladang
Published on: Monday, May 13, 2024
Published on: Mon, May 13, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Lembaga Pertubuhan Peladang komited bantu peladang
ARTHUR menyerahkan jentera melalui program Pemilikan Jentera Kecil Dan Sedarhana secara geran padanan kepada Alexsius sebagai simbilok perasmian majlis itu.
KENINGAU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) komited untuk membantu para peladang melalui geran padanan pemilikan jentera kecil dan sederhana sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK 12). 

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pada tahun 2023, Lembaga Pertubuhan Peladang telah membantu melalui 17 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Sabah untuk memiliki jentera kecil dan sederhana dengan jumlah peruntukan sebanyak RM500,000. 

Advertisement
“Bagi pelaksanaan pelan keempat (RP4) RMK12, LPP telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membiayai permohonan daripada 20 PPK di wilayah Sabah,” katanya. 

Katanya, penggunaan teknologi mekanisasi dan jentera dalam sektor pertanian mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh sekali gus memastikan pengeluaran makanan negara tidak terjejas. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Melalui program Pemilikan Jentera Kecil Dan Sederhana Secara Geran Padanan, LPP menawarkan pembiayaan pembelian jentera dengan nisbah 70:30 iaitu 70% daripada nilai jentera atau peralatan akan dibiaya oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) manakala baki 30% lagi adalah di bawah tanggungan pemohon dengan had pembelian jentera atau peralatan sehingga RM20,000” jelasnya. 

Dalam pada itu, Arthur turut menyeru kepada ahli-ahli Peladang yang terlibat bidang pertanian untuk mengambil peluang dan memohon di pejabat Pertubuhan Peladang mengikut bidang usaha masing-masing. 

Advertisement
Secara umum antara jentera yang boleh dipohon adalah seperti mini jentuai, traktor dua roda, jentanam dan peralatan pertanian kecil yang bersesuaian. 

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Peladang di Kampung Panagatan Ulu baru-baru ini.
Advertisement
Majlis itu dihadiri kira-kira 120 pesawah, petani dan peladang di sekitar Keningau. 

Pada majlis tersebut, Arthur turut menyampaikan kelulusan pembelian jentera kecil dan serdahana melalui program geran padanan kepada PPK Keningau dengan nilai jentera dan peralatan berjumlah RM39,000. 

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LPP Amir Matamin, Pengarah LPP Sabah Puan Hadriyani Ahmad dan Pengerusi AJP Pertubuhan Peladang Keningau Alexius@Sius Paulus.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here