Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wakil rakyat, JPNS diminta lebih proaktif santuni pelajar B40
Published on: Monday, May 20, 2024
Published on: Mon, May 20, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Wakil rakyat, JPNS diminta lebih proaktif santuni pelajar B40
MUSTAPHA (tengah) semasa melakukan gimik perasmian Jom Masuk U 2024 Zon Sabah I di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau, pada Sabtu.
TAWAU: Para pemimpin setempat, khususnya Wakil Rakyat dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) diminta lebih proaktif menyantuni golongan pelajar B40 untuk dibantu menerusi Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk TS Mustapha Sakmud berkata, kerajaan Madani memperuntukkan sejumlah bajet untuk program terbabit bagi membantu anak-anak golongan B40 yang pertama dalam keluarganya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Advertisement
“Mereka diberikan keistimewaan dari segi pembiayaan pengajian dan faedah-faedah lain bagi membantu mengurangkan beban keluarga, sekaligus menyokong usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan negara apabila tamat belajar kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Jom Masuk U 2024 Zon Sabah I di Dewan Sukan Tertutup, Kompleks Sukan Tawau dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebanyak 150 pempamer melibatkan 60 gerai pameran menyertai siri program itu yang melibatkan universiti-universiti awam, Jabatan Pendidikan politeknik dan kolej komuniti, institut latihan kemahiran awam serta institusi pendidikan tinggi swasta terpilih.

Menyentuh program itu, beliau berkata, Jom Masuk U merupakan medium interaksi informal dan bersifat santai yang membolehkan pelajar, ibu bapa, pendidik,
Advertisement
kaunselor dan masyarakat umum mendapatkan maklumat berkenaan peluang pengajian dan pembiayaan ditawarkan dan agensi pembiaya secara langsung di bawah satu bumbung.

Menurutnya, kemuncak Jom Masuk U 2024 bagi Zon Sabah II akan diadakan pada 8 hingga 9 Jun 2024 dengan kerjasama UiTM Cawangan Sabah (UiTM). 

Advertisement
Dalam pada itu, Mustapha berkata, sebanyak 504 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,114 program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf di pusat pengajian seluruh negara.

Namun, katanya, calon perlu mengambil maklum bahawa tiada jaminan mendapatkan tawaran program pengajian berdasarkan kepada kedudukan merit semata-mata.

Beliau juga mengingatkan para calon supaya bijak menentukan pilihan program pengajian yang ingin diikuti menerusi permohonan UPUOnline demi masa depan mereka.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, UMS yang termasuk dalam lapan UA yang menjadi perintis Program Sulung pada tahun lalu akan meneruskan program tersebut.

“Pelaksanaan program Mekanisme Mod Kemasukan Baharu Bagi Isi Rumah 40 peratus Terendah (B40) atau di UMS dipanggil Meniti iaitu singkatan daripada ‘Merubah Idea Menjadi Realiti’ sejak 2013 akan diteruskan.

“Ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar kurang berkemampuan dan berkelayakan juga diberi peluang pendidikan yang sama seperti para pelajar lain,” katanya lagi.

Dr. Kasim berkata, sejak 2013, program Meniti sudah ditawarkan kepada 1,274 pelajar B40 dan pelajar yang bergraduasi adalah sebanyak 876 pelajar yang sudahpun bekerja dalam pelbagai agensi kerajaan dan swasta atau menyambung pengajian peringkat sarjana dalam pelbagai bidang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here