Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
2,000 dijangka hadiri Sabah International Blue Economy Conference September depan
Published on: Tuesday, May 21, 2024
Published on: Tue, May 21, 2024
Text Size:
Text:
2,000 dijangka hadiri Sabah International Blue Economy Conference September depan
ROSMADI (tengah, duduk) dan Ramlee (kedua dari kiri) bergambar bersama pengamal media pada majlis tersebut.
Kota Kinabalu: Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) akan diadakan pada September depan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ), Ramlee Kariah, persidangan tersebut dijangka dihadiri oleh 2,000 peserta.

Advertisement
“Lebih separuh datang dari luar negara termasuklah panel yang terdiri daripada pelabur, pemain industri, pengamal ekonomi biru serta mereka yang mempunyai kepakaran dalam ekonomi biru.

“Semua panel ini berjaya melaksanakan ekonomi biru di negara masing-masing dan akan berkongsi mengenai kejayaan mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Lebih menarik lagi, persidangan ini turut mendapat perhatian dan komitmen daripada kedutaan negara asing yang turut mengamalkan janaan ekonomi biru.

“Seperti diketahui, Ekonomi Biru berpotensi besar dalam pelbagai bidang termasuklah perikanan dan akuakultur, logistik perkapalan dan pengangkutan, pelancongan serta tenaga boleh diperbaharui yang boleh menjadi satu lagi platform mewujudkan kerangka ekonomi yang akan menentukan hala tuju ekonomi Sabah,” katanya ketika ditemui media dalam Majlis Apresiasi Media SSMJ Jabatan Ketua Menteri di sini, pada Jumaat.

Advertisement
Dalam pada itu, Ramlee turut memaklumkan inisiatif yang dilaksanakan dalam menyelesaikan isu miskin tegar.

“Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meminta Sekretariat SMJ bersama-sama pelbagai agensi jabatan negeri dan persekutuan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan berkanun untuk menggembleng usaha dan tenaga agar isu miskin tegar di negeri ini dapat dinoktahkan.

Advertisement
“Pelbagai inisiatif diperkenalkan antaranya melaksanakan profiling ketua isi rumah (KIR) untuk cari tahu setiap keperluan yang ada dalam rumah, kita intervensi bantuan berdasarkan keperluan masing-masing termasuklah yang perlukan pekerjaan, bantuan persekolahan, perlu bantuan peningkatan kapasiti dan sebagainya.

“Apabila profiling selesai, kita buat padanan untuk kenal pasti jenis bantuan diperlukan dan kita akan bagi bantuan, selepas projek rintis yang dimulakan di daerah Tuaran pada 2023, 40 peratus profiling dan padanan telah kita siapkan,” ujarnya.

Menurut beliau, setakat Mac 2024, masalah miskin tegar berkurangan dari 22,510 pada September 2023 kepada 12,555 kes.

Turut hadir, Ketua Pegawai Penyelaras SSMJ, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Pengarah SSMJ, Rosnih Othman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here