Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Memastikan kestabilan bekalan barang kawalan
Published on: Tuesday, May 21, 2024
Published on: Tue, May 21, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Memastikan kestabilan bekalan barang kawalan
Pengarah Seksyen Kawalan Bekalan, Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shahrudin Hamzah berkata, konsep itu dapat meringankan bebas kos sara hidup rakyat.  - FOTO Bernama untuk ilustrasi sahaja.
SANDAKAN: Konsep Program Prihatin Keluarga Sandakan (PPKS) mampu menjamin kestabilan bekalan barang kawalan bersubsidi.

Pengarah Seksyen Kawalan Bekalan, Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shahrudin Hamzah berkata, konsep itu dapat meringankan bebas kos sara hidup rakyat. 

Advertisement
“Ini adalah inisiatif dan langkah proaktif KPDN Cawangan Sandakan yang bermula sejak Mac 2022 bertujuan untuk memastikan pengguna khasnya di luar bandar menikmati manfaat subsidi daripada kerajaan. 

“Selain itu, bagi memastikan bekalan barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung di luar bandar tidak terputus di samping memudahkan proses penghantaran barang kawalan ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya berharap PPKS, salah satu usaha kerajaan dalam meningkatkan lagi keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada rakyat Sabah khususnya, sesuai dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja sulungnya ke daerah ini dari 14-16 Mei 2024. 

Advertisement
Kunjungan dimulakan dengan mesyuarat bersama agensi penguatkuasaan dan jabatan di daerah ini yang terdiri daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah (JPDS), Jabatan Laut Sabah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sandakan. 

Selain itu, Shahrudin dan rombongan juga mengadakan pemeriksaan dan lawatan kepada pemborong dan peruncit di bawah PPKS di Kinabatangan untuk melihat pelaksanaan pengedaran serta penjualan barang kawalan melibatkan minyak masak bersubsidi di daerah tersebut. 

Advertisement
Rombongan beliau turut melawat premis pembungkus minyak dan pemborong gula bagi PPKS.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here