Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jawatankuasa Komuniti Desa Madani strategi politik pihak lawan: Abidin
Published on: Thursday, May 23, 2024
Published on: Thu, May 23, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Jawatankuasa Komuniti Desa Madani strategi politik pihak lawan: Abidin
ABIDIN, Jonathan dan yang lain ketika acara memotong kek pada majlis tersebut.
RANAU: Penubuhan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) yang dicadangkan adalah strategi politik pihak lawan yang sengaja mahu memecahbelahkan perpaduan kampung, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir.

“Ini (JKDM) tidak sepatutnya dilaksanakan kerana ia memecahbelahkan kesatuan kampung yang sudah mempunyai JKKK yang bertanggungjawab menguruskan pembangunan dan keselamatan kampung.

Advertisement
“Ordinan Pentadbiran Luar Bandar telah diluluskan dan institusi pentadbiran kampung sudah dimuktamadkan melalui JKKK. Oleh itu, tidak perlu menubuhkan satu lagi badan pengelola kampung.

“Tindakan ini sudah tentu akan membawa banyak masalah dan kekeliruan. Justeru itu, kita melihat ini sebagai strategi politik pihak lawan yang sengaja memecahbelahkan perpaduan kampung,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Abidin yang juga Naib Presiden StarSabah dan Adun Paginatan berkata, beliau akan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri mengenai bagaimana menangani masalah itu.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Silaturrahim Setiausaha JKKK Dun Paginatan di Markas Star Paginatan, dekat sini.

Advertisement
Beliau menasihatkan setiausaha JKKK Dun Paginatan supaya sentiasa memberi kerjasama kepada pengerusi masing-masing bagi memantapkan pentadbiran kampung.

“Kerjasama antara setiausaha dan pengerusi kampung amat penting bagi memudahkan kelancaran pentadbiran kampung. Kerjasama antara JKKK dan ketua kampung juga perlu ada supaya tidak berlaku salah faham.

Advertisement
“Majlis Setiausaha adalah mata dan telinga Kerajaan untuk mengenal pasti masalah di kampung-kampung. Kerajaan mengharapkan sokongan penuh daripada Majlis Setiausaha untuk melaksanakan agenda pembangunan Kerajaan.

“Bukan itu sahaja, setiausaha JKKK juga perlu sentiasa memainkan peranan dalam menyampaikan agenda Kerajaan kepada penduduk kampung,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan Hishamudin Harun, Pengerusi Ko Nelayan Kong Soon Choi, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau Benedick Gunda, Pegawai Khas kepada Abidin, Juis Konsuling dan CDO Jipili Sigal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here