Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
APMM tahan empat lelaki termasuk warga Indonesia di Tawau
Published on: Thursday, May 23, 2024
Published on: Thu, May 23, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
APMM tahan empat lelaki termasuk warga Indonesia di Tawau
Gambar sekadar ilustrasi. - fotoBERNAMA
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat lelaki termasuk warga Indonesia kerana melanggar syarat sah lesen bot di dua lokasi perairan di sini semalam menerusi rondaan Op Pluto Timur dan Op Sejahtera. 

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata di lokasi pertama pihaknya menahan tiga lelaki Indonesia yang menangkap ikan dengan menarik pukat kurang daripada jarak dua batu nautika dari daratan pada 11.30 pagi.

Advertisement
"Tiga lelaki berumur 20 hingga 42 tahun yang mengendalikan bot nelayan itu ditahan di lokasi 1.9 batu nautika barat daya muara Sungai Merotai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata di lokasi kedua pasukan peronda memeriksa sebuah bot penumpang yang mencurigakan di 2.5 batu nautika selatan Batu 3 Tawau di sini pada 12.15 tengah hari.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Didapati bot dikendalikan lelaki tempatan berusia 27 tahun itu membawa muatan 250 kilogram bawang bombay dan juragan gagal mengisytihar muatan yang dibawa serta melanggar syarat sah lesen bot penumpang," katanya.

Menurutnya nilai rampasan kedua-dua bot dianggarkan RM120,000 dan kesemua tahanan diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk siasatan di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002, Akta Perikanan 1985, selain Akta Kastam 1967.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here