Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Dua mengaku tidak salah serang isteri
Published on: Friday, May 24, 2024
Published on: Fri, May 24, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dua mengaku tidak salah serang isteri
Dylan, seorang pegawai penyelenggaraan didakwa secara sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya pada 8 Mei tahun ini, jam 8.3 malam, di sebuah rumah di Kg Kembirian, Manggatal.
Kota Kinabalu: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyerang isteri masing-masing.

Dylan Dominic dan Frederic Tanggaduh, kedua-duanya 39, yang hadir di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dikenakan ke atas mereka.

Advertisement
Dylan, seorang pegawai penyelenggaraan didakwa secara sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya pada 8 Mei tahun ini, jam 8.3 malam, di sebuah rumah di Kg Kembirian, Manggatal.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan manakala Seksyen 326A menyatakan sesiapa yang menyebabkan kecederaan kepada pasangan atau bekas pasangannya, anak, orang dewasa yang kurang upaya atau ahli keluarga lain dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323, 324, 325, 326, 334 atau 335 hendaklah dihukum penjara selama tempoh dua kali lebih lama daripada tempoh maksimum yang boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Frederic, seorang pegawai produksi didakwa menyerang isterinya pada 4 Mei tahun ini, jam 11.40 malam, di sebuah pondok, di Kg Lapasan, Telipok.

Advertisement
Pihak pendakwaan ketika memohon tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan, mencadangkan ikat jamin antara RM6,000 dan RM5,000.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence, yang mewakili Dylan, memohon jumlah ikat jami yang lebih rendah kerana dia sudah berkahwin dengan dua anak. Frederic, yang tidak diwakili, turut meminta jumlah ikat jamin lebih rendah.

Advertisement
Stephanie menetapkan 7 Jun untuk pengurusan kes dan membebaskan Dylan dengan ikat jamin RM1,800 beserta dua orang penjamin. Frederic ditawarkan ikat jamin sebanyak RM1,000 serta dua orang penjamin sementara menunggu sebutan semula kesnya pada 15 Julai.

Dalam berasingan, seorang penjual minuman meminta dibicarakan kerana menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, tahun lepas.

Aisa Jahirin, 31, didakwa menggunakan resit rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) palsu sebagai tulen, pada 28 Nov 2023 di perkarangan JPN di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Jun untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membebaskan Aisa dengan ikat jamin sebanyak RM1,800 dengan dua orang penjamin. Inspektor Suzie S.K. melakukan pendakwaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here