Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Paip kering: Penduduk Sipitang tidak puas hati
Published on: Saturday, May 25, 2024
Published on: Sat, May 25, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Paip kering: Penduduk Sipitang tidak puas hati
Seorang penduduk, Rosli berkata, daerah ini berdepan masalah air dan ramai penduduk tidak dimaklumkan mengenai keadaan sebenar dan ramai yang terpaksa pergi ke pekan untuk membeli air botol.
SIPITANG: Penduduk di sini tidak berpuas hati ekoran masalah paip air kering sejak Ahad lalu dan mahu penjelasan daripada Jabatan Air Daerah.

Seorang penduduk, Rosli berkata, daerah ini berdepan masalah air dan ramai penduduk tidak dimaklumkan mengenai keadaan sebenar dan ramai yang terpaksa pergi ke pekan untuk membeli air botol.

Advertisement
Antara kampung yang menghadapi masalah bekalan air ialah Kg Marintaman, Kg Padang Berempah, Kg Pantai, Kg Buang Sayang, Kg Menengah, Kg Guruh-Guruh dan “Jabatan Air harus memberi perhatian kepada masalah itu kerana kami memerlukan air bersih untuk minum, memasak, membasuh pakaian dan mandi, terutama untuk anak-anak kami yang bersekolah.

“Itu baru keperluan biasa dan asas kami tetapi bagaimana pula dengan keperluan ibu yang baru melahirkan dan bayi mereka,” kata Rosli.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi mereka yang berkemampuann, beliau berkata kemungkinan mereka sudah menyimpan air di dalam tangki.

“Adakah wajar penduduk berbelanja begitu banyak untuk membeli air botol dan membayar tambang pengangkutan? Bukankah lebih baik jabatan itu membantu dengan menghantar lori tangki untuk mengagihkan air kepada penduduk yang terjejas?

Advertisement
“Ramai peniaga turut terjejas dan memberi kesan negatif kepada perniagaan mereka,” katanya.

Dakwanya, sekiranya paip utama terputus dan terjejas akibat kerja-kerja pembinaan Pan Borneo, maka kontraktor perlu mempercepatkan pembaikan kerana kerja mereka menyusahkan penduduk.

Advertisement
“Jangan beri pelbagai alasan loji rawatan air sedang dicuci atau paip rosak dan diselenggara kerana kita sudah muak dengan alasan yang sudah berkali-kali disebut,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here