Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Koperal mohd Hasif dibenar keluar hospital
Published on: Monday, May 27, 2024
Published on: Mon, May 27, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Koperal mohd Hasif dibenar keluar hospital
Dalam kejadian pada 2.45 pagi itu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang manakala Mohd Hasif ditembak.
JOHOR BAHRU: Anggota polis yang cedera ditembak di bahu dan pinggul dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini pada 17 Mei lepas sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, yang dirawat selama sembilan hari di hospital berkenaan diberikan cuti selama dua bulan.

Advertisement
“Pastinya insiden itu menyebabkan trauma kepada Mohd Hasif dan dia juga telah mendapatkan rawatan kaunseling ketika di hospital... sekiranya perlu, sesi kaunseling akan diberikan lagi.

“Keadaannya kini stabil, boleh berjalan dan tidak memerlukan tongkat.. (bagaimanapun) dalam tempoh dua bulan dia akan terima rawatan berkala,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri Johor Kepada Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir Ketua Polis Johor CP M Kumar.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi itu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang manakala Mohd Hasif ditembak.

Advertisement
Tujuh individu direman seminggu bermula 18 hingga 24 Mei lepas bagi membantu siasatan kes terbabit.

Mereka terdiri daripada lima ahli keluarga suspek dan dua pelajar yang turut berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

Advertisement
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata lima sekeluarga itu ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 selepas tempoh reman tamat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here