Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Siklon Remal - Rakyat Malaysia di kawasan terjejas digesa berwaspada
Published on: Tuesday, May 28, 2024
Published on: Tue, May 28, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Siklon Remal - Rakyat Malaysia di kawasan terjejas digesa berwaspada
Orang ramai berdiri di sebelah kedai yang rosak berikutan Taufan Remal berhampiran pantai di Kuakata pada 27 Mei 2024.
PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi, sedang memantau rapat impak susulan Siklon Remal, yang melanda persisiran pantai Bangladesh dan Bengal Barat, India pada 26 Mei lepas.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Selasa, menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini dan mematuhi arahan serta panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Advertisement
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh di No. 19, Road No. 6, Baridhara Diplomatic Enclave, Dhaka, no telefon: +88 018 4179 8077 atau e-mel: mwdhaka@kln.gov.my.

Mereka juga boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India, di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi atau melalui telefon: +91 859 5550594 atau e-mel: mwdelhi@kln.gov.my.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kementerian Luar akan berusaha untuk memastikan orang ramai dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan terkini, tambah kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh di daerah pantai di Bangladesh dan dua lagi terbunuh di India, manakala berjuta-juta orang terjejas oleh siklon tropika itu.

Advertisement
Taufan itu turut menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan telekomunikasi dan penerbangan serta kerosakan harta benda di kawasan terlibat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here